Ads Top

Selepas Bercerai Dua Minggu, Beego & Linda Hashim Akhirnya Kembali Rujuk Semula

Setelah bercerai selama dua minggu, pasangan pelakon Beego dan isterinya iaitu Linda Hashim mengambil keputusan untuk rujuk semula.

Pasangan berkenaan difahamkan bercerai pada 27 Mac lalu, namun kedua-duanya kembali rujuk semula ketika masih dalam edah.

Beego dan Linda dilihat telah hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur bagi membatalkan tuntutan nafkah dan hak penjagaan anak mereka.

Kedua-duanya juga dilihat berkongsi foto bangunan Jabatan Agama Islam Wilayah (Jawi) dalam Facebook mereka dan mendapat pelbagai reaksi daripada pengikut yang mendoakan agar urusan mereka dipermudahkan.

Dalam pada itu, menerusi laporan Harian Metro, pasangan tersebut menafikan penceraian berpunca daripada masalah kewangan atau orang ketiga.

Sebagai rekod, Beego dan Linda mendirikan rumah tangga pada Jun 2013 dan hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata. – KopiPlanet.com

The post Selepas Bercerai Dua Minggu, Beego & Linda Hashim Akhirnya Kembali Rujuk Semula appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.