Ads Top

Puteri Sarah Nak Move On & Mahu Buka Buku Baharu, Enggan Lagi Komen Isu Rumah Tangga

Pelakon popular Puteri Sarah mengambil pendekatan untuk enggan memberikan sebarang komen mengenai isu rumah tangganya bersama Syamsul Yusof.

Sarah berkata, kini dia mahu buka buku baharu dalam menjalani kehidupan serta ini melupakan segala isu yang melibatkan rumah tangganya yang sehingga kini masih belum nampak kesudahannya.

“Saya harapkan yang terbaik sahaja. Setiap kali ada sesi di mahkamah saya akan harap yang terbaik. Sejujurnya saya dah tak mahu komen lagi pasal isu ini. 

Hari tu saya sudah komen mengenai hal ini dan sekarang saya mahu move on. Banyak benda yang saya nak lakukan dalam hidup. Saya nak move on,” ujarnya.

Sarah berkata demikian ketika ditemui semasa sidang media drama Hijrah Jannah di Dadi Cinema, Pavilion Kuala Lumpur petang tadi.

Mengulas mengenai perbicaraan esok di mahkamah, Sarah menyatakan dia menyerahkan segala keputusan kepada pihak mahkamah.

“Apa sahaja keputusan saya serahkan kepada mahkamah. Lagipun esok selepas sesi, saya akan terbang ke Jakarta selama seminggu atas urusan kerja.

“Selepas ini saya akan sibuk dengan kerja, tambahan pula saya akan menyambung penggambaran drama Hijrah Jannah pada bulan Ogos ini,” katanya.

Sebelum ini, kemelut rumah tangga pelakon berkenaan masih lagi belum selesai apabila Syamsul tidak bersetuju melafazkan cerai kepada Sarah.

Sarah sebelum itu memfailkan cerai pada Mac 2023. – KopiPlanet.com

The post Puteri Sarah Nak Move On & Mahu Buka Buku Baharu, Enggan Lagi Komen Isu Rumah Tangga appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.