Ads Top

Kongsi Foto & Video Sambut Ulang Tahun Ke-31, Penampilan ‘Daring’ Kekasih Sufian Suhaimi Dikecam Netizen

Baru-baru ini, penyanyi popular Sufian Suhaimi berkongsi momen-momen indah sambutan hari lahir ke-31 menerusi posting di akaun Instagram miliknya.

Selain menyambut ulang tahun kelahiran bersama rakan-rakan rapat, turut sama-sama meraikan adalah kekasih penyanyi itu sendiri.

Di sebalik kemeriahan sambutan pada hari tersebut, turut menarik perhatian adalah penampilan kekasih Sufian yang dilihat agak ‘daring’ dengan memakai ‘cami top’ berserta dengan cardigan.

Ternyata penampilan kekasihnya itu mendapat pelbagai reaksi netizen, malah ada yang mula mengecam kerana merasakan pemakaian yang dirasakan agak seksi.

Malah, ada yang membandingkan penampilan kekasih Sufian itu sewaktu hadir bersama-sama penyanyi berkenaan ketika majlis perkahwinan Aiman Tino yang kelihatan lebih sopan dan anggun.

Dalam pada itu, Sufian juga tidak ketinggalan menerima ucapan ulang tahun kelahiran daripada peminat dan rakan-rakan artis. – KopiPlanet.com

The post Kongsi Foto & Video Sambut Ulang Tahun Ke-31, Penampilan ‘Daring’ Kekasih Sufian Suhaimi Dikecam Netizen appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.