Ads Top

Bangga Dengan Status Duda, Daus Mini Akui Didekati Ramai Wanita Lepas Bercerai Tiga Kali

Setelah mengesahkan penceraian dengan bekas isteri, Shelvie Hana Wijaya baru-baru ini, pelawak terkenal Indonesia bertubuh kerdil, Daus Mini mengakui bangga dengan status duda.

Menurut Daus Mini, dengan status duda yang disandangnya sekarang ini akan memudahkan dirinya untuk mendekati lebih ramai gadis.

“Sudah tentu seronok menjadi seorang duda sekarang ini. Malah, sekarang ini semakin ramai gadis-gadis yang cuba mendekati saya,” ujarnya seperti dipetik menerusi portal Kompas.com

Ketika ditanya sama ada dia sudah bersedia untuk kembali berumah tangga, pelawak itu menyatakan dia mahu fokus untuk membahagiakan ibu Baranya terlebih dahulu.

Untuk maklumkan, perkahwinannya bersama Shelvie pada tahun 2019 adalah kali ketiga buat pelawak berkenaan.

Sebelum ini, Daus Mini pernah mendirikan tangga dengan Yunita Lestari pada tahun 2011 hingga 2014 dan Rahadini Destia pada tahun 2018 dan kemudian bercerai setelah beberapa bulan berkahwin. – KopiPlanet.com

The post Bangga Dengan Status Duda, Daus Mini Akui Didekati Ramai Wanita Lepas Bercerai Tiga Kali appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.