Ifa Raziah Tampil Mohon Maaf Berkaitan Isu Tarian Tidak Sopan Dalam Acara StarVendors Foodstival Di Melaka
Star Vendors Event Sdn Bhd membuat permohonan maaf berhubung isu tarian tidak sopan dalam acara yang dianjurkan di Melaka sehingga mendapat kecaman ramai baru-bari ini.
CEO Star Vendors Event Sdn Bhd, Saripah Raziah binti Mustapha atau Ifa Raziah berkata, pihaknya telah dihubungi pihak Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) susulan aduan orang awam kepada pihak JAIM berkaitan tarian tidak sopan dan menjolok mata dalam konsert yang merupakan salah satu acara di StarVendors Foodstival Melaka 2023 yang berlangsung baru-baru ini.
“Kami telah menjelaskan kepada pihak JAIM bagaimana insiden ini telah terjadi. Insiden tersebut adalah tidak disengajakan dan ia berlaku tanpa pengetahuan pihak Starvendors.
“Segala gerak tari oleh pelaku diatas pentas adalah diluar kawalan kami. Untuk pengetahuan, mereka tiada kaitan mahupun mewakili syarikat kami. Oleh itu dengan rasa rendah diri, kami ingin MEMOHON MAAF secara terbuka kepada Kerajaan Negeri Melaka dan seluruh rakyat Malaysia khususnya, diatas kekhilafan yang berlaku,” jelasnya.
Jelas Ifa, pihaknya akan mengambil perhatian sewajarnya atas aduan berkenaan dan komited untuk memastikan perkara ini tidak berulang lagi pada masa hadapan.
“Kami sangat berterima kasih diatas teguran yang berikan kepada kami. Ianya sebuah teguran yang sangat baik untuk kami ambil perhatian.
“Sesungguhnya kami amat menyesali apa yang telah berlaku dan kami MEMOHON MAAF kepada semua pihak yang terkesan dengan isu ini,” ujarnya. – KopiPlanet.com
The post Ifa Raziah Tampil Mohon Maaf Berkaitan Isu Tarian Tidak Sopan Dalam Acara StarVendors Foodstival Di Melaka appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: