“Adakah Anda Pernah Berfikir Bahawa Anda Sedang Menghina Ciptaan Allah SWT Dengan Alasan Menegur?” – Nadia Annuar Kesal Sering Dihina Sejak Tidak Lagi Bertudung
Tindakan pengacara Nadia Annuar yang mengambil keputusan untuk tidak lagi berhijab ketika menyambut ulang tahun kelahiran ke-39 baru-baru ini mengejutkan ramai pihak.
Gara-gara dengan tindakannya itu menyebabkan dia menerima pelbagai kecaman daripada netizen, apatah lagi dia tidak menutup ruangan komen pada setiap posting yang dimuat naik di Instagram.
Menerusi satu perkongsian di Insta Story, pengacara itu meluahkan rasa kesal apabila mendapat banyak komen-komen yang berbentuk hinaan, termasuk membabitkan fizikal.
“Menegur itu tak salah tapi menghina itu bukanlah cara untuk menasihati. Contoh hinaan seperti buruk, tua, dahi luas, hidung yahudi, telinga capang, bodoh, bangang.
“Adakah anda pernah berfikir bahawa anda sedang menghina ciptaan Allah SWT dengan alasan menegur. Bukan semua keputusan dibuat dengan sekelip mata seperti yang ada sangka,” luahnya.
Nadia berkata, keputusan untuk tidak lagi bertudung adalah sesuatu yang sukar untuk dibuat dan apa yang dilakukan bukan mahu dipuji cantik atau mendapat pujian.
“Its a mental state. I really hope that you can continue to help guide me not push me further away. U love all of you,” jelasnya.
Dalam pada itu, Nadia juga memberitahu dia tidak menutup ruangan komen pada setiap posting di Instagram kerana menganggap semua followers adalah seperti keluarganya.
“Jadi tidak salah saya on comment untuk menerima teguran daripada anda semua sebab saya tau salah saya,” ujarnya. – KopiPlanet.com
The post “Adakah Anda Pernah Berfikir Bahawa Anda Sedang Menghina Ciptaan Allah SWT Dengan Alasan Menegur?” – Nadia Annuar Kesal Sering Dihina Sejak Tidak Lagi Bertudung appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: