Ads Top

Suria FM Sajikan Pelbagai Program Menarik Menerusi Kempen ‘Melakar Pahala’ Sempena Ramadan

Suria FM kini kembali menyajikan pelbagai pengisian menarik menerusi kempen Melakar Pahala sepanjang Ramadan ini bermula 23 Mac 2023 sehingga 21 April 2023. Pengisian menarik merangkumi hiburan, ilmiah dan peraduan boleh didengarkan di frekuensi Suria FM juga boleh ditonton menerusi platform digital Suria, laman web suria.my, saluran youtube Suria TV serta media sosial Suria Malaysia (Instagram, Facebook dan Twitter).

Menurut Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd Majid (DJ Lin), “Dalam keterujaan menyambut bulan Ramadan 2023, pelbagai aktiviti dan program yang bakal dianjurkan oleh Suria FM sebagai inisiatif untuk melipat gandakan amalan bersama pendengar menerusi kempen Melakar Pahala dan ia bukan sahaja memfokuskan kepada hiburan malah pelbagai input-input ilmiah turut dikongsikan kepada pendengar.

“Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al Mubarak kepada seluruh umat Islam di Malaysia khususnya buat pendengar Suria FM. Semoga Ramadan tahun ini menjadikan diri kita insan yang lebih baik dan sentiasa mengharapkan keredhaan Allah SWT,” ujar DJ Lin. 

Berikut seleksi program Melakar Pahala:-

Tadabbur Suria bersama Quran Humaira 2.0 #beabetterperson 

Tarikh: 23 Mac – 9 April 2023

Episod: 10 Episod

Tadabbur Suria kini kembali bersama Quran Humaira dan Ustaz Don Daniyal sepanjang Ramadan ini dalam versi baharu #beabetterperson. Jom kita menafsir, memahami maksud ayat, mendalami isyarat-isyarat daripada ayat-ayat al-Quran juga bertadabbur dalam usaha mencari makna di sebalik zahir suatu perkara. 

Dari Dapur Tyzo bersama BSN 

Tarikh: 28 Mac  – 3 May 2023

Episod: 8 Episod

Saksikan Tyzo bersama wakil Bank Simpanan Nasional (BSN) di  ‘Dari Dapur Tyzo bersama BSN’ sebuah program masakan secara santai berkonsepkan resipi bujang yang mudah dan ringkas menyajikan pelbagai menu menarik kepada penonton sepanjang ramadan ini.

Lagu Ramadan Suria: Ilusi Fatamorgana 

Tarikh: 28 Mac 2023 

Buat julung kalinya Suria FM bersama label muzik Nova menghasilkan sebuah lagu khas bersempena Ramadan berjudul ‘Ilusi Fatamorgana’ nyanyian penyampai Morning Morning Suria, Ajak, Shuib dan Suraya. Video Muzik ‘Ilusi Fatamorgana’ yang berunsur kehidupan dan kemanusiaan ini boleh disaksikan di saluran youtube Suria TV. 

Iftar Suria

Tarikh: 8 April 2023, 15 April 2023

Ramadan kali ini, Suria FM bakal mengadakan Iftar Suria pada 8 April 2023 bertempat di Laman MBPJ manakala 15 April 2023 pula di Dataran Merdeka, DBKL dengan kehadiran tetamu terhormat, Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Na’im bin Haji Mokhtar dan Menteri Pelancongan seni dan Budaya, YB Dato’ Sri Tiong King Sing . Lebih menarik, sepanjang acara berlangsung terdapat pelbagai aktiviti bakal diadakan seperti pengedaran bubur lambuk, solat maghrib berjemaah, majlis berbuka puasa, tazkirah ramadan, sumbangan ikhlas kepada anak- anak yatim dan pusat tahfiz juga persembahan dari barisan artis popular antaranya Wani Annuar, Farisha Iris, Inteam, Zizi Kirana, Hafiz Hamidun dan Lah Ahmad. 

Aeon Bazar Ramadan X Suria FM 

Tarikh:1 April 2023,  7 April 2023, 15 April 2023, 16 April 2022

Jom ramai-ramai ke Aeon Bazar Ramadan x Suria FM di Aeon Taiping, Perak (1 April 2023), Aeon Tebrau City, Johor Bahru (7 April 2023), seterusnya di Aeon Kota Bharu, Kelantan (15 April 2023) dan di Aeon Kuantan (16 April 2023). Jangan lepaskan peluang untuk beramah mesra bersama penyampai Suria FM, Tyzo dan Suraya.

Majlis Berbuka Puasa Suria FM & WCT Malls

Tarikh: 9 April 2023, 16 April 2023

Suria FM dengan kerjasama WCT Malls bakal mengadakan majlis berbuka puasa di beberapa lokasi seperti di Gateway@klia2 bersama penyampai Suria Petang, Tyzo dan Rara pada 9 April 2023 (Ahad). Seterusnya, pada 16 April 2023 (Ahad) di Paradigm Mall, Johor Bahru bersama penyampai Morning Morning Suria, Ajak, Suraya, Shuib serta di Paradigm Mall, Petaling Jaya bersama DJ Lin dan Cik Piah. Pelbagai aktiviti menarik bakal diadakan sepanjang acara berlangsung antaranya bazar ramadan, persembahan nyanyian dari barisan artis popular juga penyampai Suria FM, majlis berbuka puasa dan banyak lagi! 

Maklumat lanjut, layari laman web Suria suria.my atau ikuti media sosial Suria Malaysia: Instagram: suriamalaysia l Facebook: @SuriaMalaysia l TikTok: @suriamalaysia l Youtube: SuriaTV l Twitter: @suria_malaysia. – KopiPlanet.com

The post Suria FM Sajikan Pelbagai Program Menarik Menerusi Kempen ‘Melakar Pahala’ Sempena Ramadan appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.