RR Pop Up Booth Dibuka Di Lima Buah Lokasi Terpilih, Sasar Kehadiran Lebih 100,000 Pengunjung RR Royalties
Raikan Raya Bersama Rizman Ruzaini’ yang menjadi tagline sepanjang kempen perlancaran koleksi raya Rizman Ruzaini ini benar-benar dizahirkan mereka dengan penganjuran RR Pop Up Booth di beberapa lokasi terpilih.
Tujuan utama RR Pop Up Booth ini diadakan adalah untuk mendekatkan Rizman Ruzaini dengan RR Royalties yang selama ini menjadi tulang belakang keteguhan jenama ini untuk lebih 17 tahun di persada industrI fesyen.
RR Pop Up Booth akan berada di lima lokasi utama iaitu Central I-City, Shah Alam (24 Mac – 30 April 2023), Fahrenheit88, Kuala Lumpur (27 Mac – 30 April 2023), Shangri-La Hotel, Kuala Lumpur (28 Mac – 30 April 2023), Komtar JBCC, Johor Bahru (31 Mac – 30 April 2023) dan Absolut Bazaar, Kuala Lumpur (14 – 17 April 2023).
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Rizman Ruzaini, Rizman Nordin, ”selama ini platform jualan kami lebih tertumpu secara dalam talian. Ini membataskan pengalaman RR Royalties untuk merasai, mencuba, menyentuh dan melihat secara dekat setiap produk yang ingin mereka beli.
Justeru, dengan adanya RR Pop Up Booth ini, kami mahu mereka berasa lebih dekat dengan jenama kami. Mereka boleh cuba sendiri, sentuh dan amati secara dekat produk itu sebelum membelinya. Kami sendiri sebagai pemilik jenama ini dapat bersua muka dengan pelanggan yang kami sayangi di samping berkomentar secara terus bersama mereka.”
Pada kempen ini juga, Rizman Ruzaini telah menyusun banyak aktiviti menarik selain promosi tawaran harga istimewa dan sesi happy hour yang akan membuatkan RR Royalties ’rambang mata’ untuk membeli-belah.
Antara aktiviti yang menanti pelanggan RR ialah sesi Meet & Greet bersama selebriti kesayangan ramai yang sebahagian besarnya terdiri daripada RR Muses sendiri seperti Mira Filzah, Diana Danielle, Marsha, Sharifah Rose, Nazim Othman, Daler Yusuf, Malek Mccrone dan ramai lagi.
Lebih menarik lagi, di RR Pop Up Booth itu nanti, akan turut diadakan persembahan nyanyian oleh penyanyi jemputan. Pasti meriah dan gamat jadinya!
Tambah Rizman lagi, dengan adanya RR Pop Up Booth ini juga memberi peluang kepada pengedar mereka, RR Icon dari seluruh negara untuk mendapatkan pesanan daripada pelanggan mereka. Inilah platform terbaik untuk mereka menjana pendapatan tambahan di musim perayaan ini.
Dianggarkan lebih 100,000 RR Royalties akan menyerbu RR Pop Up Booth ini sepanjang tempoh kempen berlangsung. Pastinya aura produk Rizman Ruzaini itu sendiri seperti baju raya, skarf dan aksesori yang akan menarik mereka ke booth tersebut di samping tawaran menarik yang disediakan. – KopiPlanet.com
The post RR Pop Up Booth Dibuka Di Lima Buah Lokasi Terpilih, Sasar Kehadiran Lebih 100,000 Pengunjung RR Royalties appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: