Ads Top

“Saya Tiada Halangan Ambil Pelakon Ada Isu Peribadi, Asalkan Tidak Mendatangkan Masalah Ketika Penggambaran” – Jaja Ishak

Penerbit Jaja Ishak menyatakan dia tiada halangan untuk mengambil mana-mana pelakon yang mempunyai isu peribadi di luar produksi.

Jaja berkata, ia semua bergantung jika masalah peribadi yang dialami seseorang pelakon itu tidak terbawa-bawa sehingga set penggambaran sehingga boleh menyusahkan produksi.

“Saya tiada halangan untuk ambil pelakon yang ada isu peribadi di luar, asalkan pelakon itu tidak mendatangkan masalah semasa penggambaran dan memberi komitmen yang baik.

“Misalnya seperti Hafidz Roshdi yang pernah dua kali berlakon di bawah produksi saya. Bagi saya dia seorang pelakon yang bagus dan sangat menepati masa,” ujarnya.

Ujar Jaja, dia juga berpegang pada prinsip untuk tidak mencampuri sebarang isu peribadi membabitkan seseorang pelakon itu.

Malah, dia bersetuju untuk memgambil pelakon berkenaan, asalkan sudah mendapat persetujuan daripada stesen televisyen.

“Macam Hafidz kali terakhir dia berlakon dengan saya adalah pada tahun lalu. Ketika itu dia langsung tidak mendatangkan masalah kepada produksi dan ramai selesa bekerjasama dengan dia,” ujarnya.

Bagaimanapun, penerbit itu menegaskan dia sesekali tidak akan bertolak ansur dengan pelakon yang mendatangkan masalah disipilin ketika di set penggambaran.

Tegasnya, dia masih mempunyai rasa empati terhadap pelakon yang berhadapan masalah isu peribadi seperti masalah rumah tangga dengan memberi mereka peluang kerja jika bersikap profesional.

“Saya setuju dengan produser atau pengarah yang dah ‘banned’ artis bermasalah. Macam saya sendiri, kalau tak selesa dan tak suka dengan sikap artis itu, saya tak akan panggil dia bekerja lagi.

“Semudah itu konsep saya dan secara peribadi kalau pelakon itu bagus, orang akan panggil lagi. Kalau tidak? Faham-faham sendiri sajalah.

“Kalau dia ada kes di mahkamah ke apa tapi tidak menjejaskan kerja di set penggambaran, saya okay saja. Saya faham, masing-masing ada masalah peribadi tapi jangan sampai terbawa-bawa ke tempat kerja,” ujarnya. – KopiPlanet.com

The post “Saya Tiada Halangan Ambil Pelakon Ada Isu Peribadi, Asalkan Tidak Mendatangkan Masalah Ketika Penggambaran” – Jaja Ishak appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.