Ads Top

Puteri Sarah, Syamsul Yusuf Akhirnya Sepakat Untuk Bercerai Secara Baik

Setelah beberapa kali naik turun mahkamah, akhirnya pasangan Syamsul Yusof dan Puteri Sarah mencapai kata sepakat untuk bercerai secara baik.

Menerusi laporan mStar, peguam Puteri Sarah iaitu Datuk Akberdin Abdul Kader memberitahu pasangan itu bersemuka pada malam semalam, beberapa jam sebelum mereka hadir ke mahkamah untuk mengetahui keputusan rundingan Jawatankuasa Pendamai (JKP) yang dibentuk sebelum ini.

Oleh yang demikian, dalam pertemuan pada malam tadi, mereka berdua sudah mencapai kata sepakat untuk berpisah secara baik.

Dalam pada itu, Puteri Sarah dan Syamsul dilihat hadir di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada pagi tadi bagi urusan perceraian mereka.

Hakim Syarie Akmaluddin Ilyas yang mendengar kes itu menetapkan 18 April ini bagi kedua-dua belah pihak merekodkan terma untuk mereka berpisah secara baik.

Syamsul yang muncul di mahkamah kira-kira pukul 8.55 pagi kelihatan tenang ditemani peguam, Azmi Mohd Rais dan dua orang sepupunya.

Manakala Puteri Sarah hadir tepat pukul 9 pagi ditemani peguam dan adik perempuannya.

Pada 24 Mac lalu, proses JKP yang berlangsung di Jabaran Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) gagal menemui jalan penyelesaian ekoran Puteri Sarah tetap mahu meneruskan penceraian.

Syamsul pada 21 Mac lalu memafailkan permohonan nusyuz terhadap Puteri Sarah iaitu tiga hari sebelum mereka bertemu untuk proses JKP yang berlangsung di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

Bagaimanapun pertemuan itu gagal mencapai kata sepakat ekoran Puteri Sarah tetap dengan pendiriannya untuk meneruskan penceraian.

Untuk rekod Syamsul dan Puteri Sarah bernikah pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 5 tahun. – KopiPlanet.com

Kredit artikel: mStar Online

The post Puteri Sarah, Syamsul Yusuf Akhirnya Sepakat Untuk Bercerai Secara Baik appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.