Ads Top

“Macam Barbie Doll…” – Wajah Cantik Anak Tiri Deja Moss Tarik Perhatian, Dapat Pujian Ramai

Umum mengetahui sejak mendirikan rumah tangga dengan Maher Khani pada tahun 2019, penyanyi popular Deja Moss sudah tidak aktif lagi kerana mengikut suaminya berhijrah ke Chicago, Amerika Syarikat.

Bagaimanapun, masih ramai lagi peminat yang mengikuti perkembangan kehidupan penyanyi itu bersama keluarga biarpun jauh di perantauan.

Yang terbaharu, menerusi satu perkongsian video di media sosial, ternyata wajah cantik salah seorang anak tirinya iaitu Laila telah menarik perhatian ramai.

Video berkenaan memaparkan anak tiri penyanyi berkenaan mencuba minyak zaitun sambil di perhatikan oleh Deja dari belakang.

Dalam pada itu, rata-rata yang memberi komen pada video berkenaan memuji kecantikan anak tiri Deja itu dan ada yang menyamakannya seperti Barbie Doll.

Sebelum ini, Deja mendedahkan dia telah mendedahkan dia sudah berumah tangga dengan Maher yang juga seorang ahli perniagaan keturunan Amerika Syria. – KopiPlanet.com

The post “Macam Barbie Doll…” – Wajah Cantik Anak Tiri Deja Moss Tarik Perhatian, Dapat Pujian Ramai appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.