Ads Top

Farid Kamil Buat Kejutan… Tarik Semula Kenyataan Pihak Ketiga, Mohon Maaf Pada Diana Danielle & Ibu Mentua

Setelah memberikan kenyataan mengenai pihak ketiga, pelakon Farid Kamil membuat kejutan apabila menarik semula kenyataannya itu.

Dalam satu posting di akaun Insta Story miliknya, Farid juga membuat permohonan maaf terhadap Diana Danielle dan ibu mentuanya, Norsiah Ramli.

“Saya menarik balik kenyataan mengenai soalan wartawan berkaitan pihak ketiga. Saya dengan rendah hati memohon maaf secara terbuka kepada ibu mentua, Norsiah Ramli di atas kenyataan saya semalam.

“Sekali lagi, pada bulan Ramadan yang mulia ini, saya mohon dimaafkan kekhilafan yang terjadi,” tulisnya.

Tidak menjelaskan lebih lanjut mengenai tindakannya menarik semula kenyataan tersebut, Farid seperti benar-benar mengharapkan kemaafan daripada isteri dan mentuanya itu.

Semalam, ketika ditemui media di mahkamah, pelakon berkenaan mendedahkan tentang ibu mentuanya itu dihalau Diana pada tahun 2019.

Sementara itu, demi menyelamatkan perkahwinan dengan isteri tersayang Diana, menawarkan pemberian bernilai RM319,700 sebagai jalan perdamaian.

Ketika ditemui media, Farid juga meninggalkan pesanan buat pelakon filem Imaginur itu agar bertaubat sebelum terlambat. – KopiPlanet.com

The post Farid Kamil Buat Kejutan… Tarik Semula Kenyataan Pihak Ketiga, Mohon Maaf Pada Diana Danielle & Ibu Mentua appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.