Ads Top

Diana Danielle Bayar Semua Perbelanjaan Ketika Umrah, Dakwa Sudah Empat Bulan Farid Kamil Tak Bayar Nafkah

Kisah mengenai rumah tangga membabitkan pasangan pelakon popular, Farid Kamil dan Diana Danielle semakin hangat diperkatakan.

Yang terbaharu, pelakon filem Imaginur itu mendakwa sudah empat bulan Farid tidak membayar nafkah, malah dia yang telah membayar perbelanjaan ketika mereka mengerjakan ibadah umrah baru-baru ini.

“Bulan ni dah masuk empat bulan tak bayar nafkah. Trip ke Mekah, saya bayar untuk semua empat beranak. Saya tak harap pun dia bayar balik, sebab dah biasa saya keluarkan duit untuk apa-apa, selagi tak ingatkan dia pun takkan ingat nak ganti balik.

“Tapi dia sendiri cakap dia akan cover balik cost flight & hotel dia (hanya dia) di Mekah. Malangnya sampai hari ini hanya tinggal kata-kata. Dia boleh beli kereta baru, beli cincin berapa ribu (ganti cincin kahwin hilang tu) dan apa lagilah, tapi nafkah & outang masih tergantung,” ujarnya.

Perkara tersebut telah dikongsikan sendiri oleh Diana menerusi satu posting di Insta Story miliknya.

Dalam pada itu, Diana juga mendedahkan bahawa suaminya itu sudah mula menengking dan baran terhadap anak-anak mereka sehari sebelum insiden ‘petik cili’.

Malah, pelakon itu menyatakan Farid telah menengking anak-anak atas sebab yang remeh, termasuk dia sendiri turut ditengking apabila seluar yang dicari suaminya tidak ditemui.

“Petang dia tengking Aurora incident Aurora petik cili. Dua hari dia tak berhenti baran dan jerit sekuat hati. Aurora menggigil minta tolong dengan saya sebab dia takut. Dia dipaksa untuk duduk dalam bilik babah malam tu sebab dia nak sambung ‘ajar’ anak.

“Bila saya masuk bilik, anak saya tidur atas lantai depan pintu tandas, berlapik sejadah. Saya jadi terkejut, dahlah ditengking sepuas hati dari petang, dia tak bagi anak tidur dengan saya (yang biasanya rutin), disuruh tidur atas lantai,” luahnya.

Menurut Diana, ketika itu dia melihat melihat suaminya itu berada dalam keadaan tidak stabil dan dia tidak pernah melihat keadaan Farid sebegitu rupa.

Sehinggakan dia menyatakan terpaksa menghubungi polis untuk keluar dari rumah memandangkan tidak tahu apa lagi yang akan berlaku.

Pada masa sama, pelakon itu mendedahkan Farid berada dalam keadaan tertekan dua hari sebelum itu apabila dia mahu meminta cerai daripada suaminya.

Selain itu, Diana menyatakan suaminya juga telah memaksa dia membuang Bin/Binti pada nama anak-anak mereka.

“Kalau sayang betul pada anak, kenapa nak buang Bin/Binti anak? Kenapa suruh I filekan permohonan buang nama you dari surat beranak anak? Kenapa ugut kami macam tu?” ujarnya. – KopiPlanet.com

The post Diana Danielle Bayar Semua Perbelanjaan Ketika Umrah, Dakwa Sudah Empat Bulan Farid Kamil Tak Bayar Nafkah appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.