Ads Top

Boy Iman Luah Rasa Kesal Dikhianati Rakan Artis Senior Wanita

Pelakon dan penerbit, Boy Iman menerusi akaun media sosialnya mendedahkan terdapat seorang rakan artis wanita yang dikenali rapat telah mengkhianatinya.

Boy mendakwa, wanita itu yang pernah sama-sama mencari makan dalam industri hiburan sanggup bersikap tamak dan dengki apabila cuba menggagalkan perniagaannya.

“Aku tidak pernah dengki atau iri hati nak buat (aniaya) orang. Apatah lagi kalau orang itu aku kenal, berkawan rapat dan dah anggap macam adik-beradik.

“Tapi aku sangat tak faham kenapa dengan aku, dia boleh simpan perasaan macam tu sekali.

“Sanggup buat aku yang dia dah kenal lama, bahkan dulu sama-sama aktif dalam industri hiburan mencari rezeki,” tulisnya.

Bagaimanapun kata Boy atau nama sebenarnya Norul Iman Abdul Rahman, 43, akur bahawa rezeki setiap hamba Allah telah ditetapkan-Nya.

“Aku percaya, setiap manusia Allah dah tetapkan rezeki masing-masing. Dalam rezeki aku atau engkau, Allah tetapkan jua hak orang lain. Itu dinamakan kongsi rezeki.

“Bukan mudah nak himpunkan rakan artis bertaraf usahawan di bawah satu bumbung sempena bulan Ramadan ini, tambahan pula ia  merupakan himpunan selebriti usahawan raya terbesar bagi tahun 2023,” keluhnya.

Selaku Ketua Penganjur acara Hoorrey X Fest Raya yang dijadualkan bermula 19 hingga 21 April ini, Boy memberitahu dia bekerjasama dengan tiga persatuan seni serta Kelab Usahawan Selebriti untuk membantu rakan-rakan artis yang berniaga.

“Mereka ini semua sama macam kau. Bukannya tak kenal, malah sebahagian mereka teman seangkatan masa mula-mula kau jadi artis dan cari makan sebagai anak seni.

“Di saat semua kawan-kawan kau dan aku sedang gigih bangkit keluar dari zon gawat akibat dilanda pandemik, kenapa kau nak sekat rezeki mereka?” soal Boy meluahkan ketidakpuasan hatinya.

Bagaimanapun, Boy berkata dia berserah kepada Allah dan berdoa agar urusannya dipermudahkan. – KopiPlanet.com

The post Boy Iman Luah Rasa Kesal Dikhianati Rakan Artis Senior Wanita appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.