Ads Top

Akui Dirinya Kaki Karaoke Di Kampung, Ryan Bakery Akui Gugup Ketika Rakaman Lagu Raya Last Minit Bersama Andi Bernadee

Influencer dan content creator terkenal, Ryan Bakery meluahkan rasa teruja apabila diberi peluang untuk berkolaborasi dengan penyanyi Andi Bernadee menerusi lagu raya yang diberi judul Raya Last Minit.

Ryan berkata, kesempatan yang diperoleh itu tidak harus dilepaskan sama sekali dan ia adalah sebagai percubaan buat dirinya dalam bidang seni suara.

“Tidak dinafikan memang agak gugup juga sampai sejuk tapak tangan ketika sesi rakaman. Memang ramai yang tak tahu saya ni kat kampung memang kaki karaoke.

“Apapun saya masih lagi seorang content creater, cuma apa yang saya lalukan ini adalah satu kelainan. Kalau sebelum ini followers saya selalu tengok content yang saya hasilkan, kini mereka boleh dengar saya menyanyi lagu raya pula,” ujarnya.

Ryan berkata demikian ketika ditemui semasa majlis pelancaran lagu Raya Last Minit yang berlangsung pada minggu lalu.

Dalam pada itu, ketika ditanya sama ada dia bersedia untuk menerima kecaman serta komen-komen negatif pendengar, Ryan menyatakan dia akan melihatnya dari sudut yang positif.

“Kalau nak kata pasal kecaman ni, dari dulu saya memang dah selalu kena kecam. Kalau bab nyanyian ni, dapat komen negatif saya tolak tepi sahaja.

“Untuk komen yang membina saya akan pertimbangkan dalam usaha saya untuk perbaiki lagi mutu nyanyian,” jelasnya.

Sementara itu, Andi pula menyatakan tentang harapannya agar lagu Raya Last Minit menjadi evergreen dan akan menjadi siulan ramai setiap kali Syawal menjelma.

“Sebenarnya ini adalah raya pertama yang saya rakam sepanjang bergelar penyanyi. Jadi, memang saya lagu ini jadi lagu raya yang wajib didengar sampai bila-bila,” ujarnya.

Raya Last Minit adalah sebuah lagu usahasama antara Warner Music Malaysia dan FYP Media dan sudah boleh didengari di kesemua platform digital seperti Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, Jooz dan Apple Music sejak 31 Mac lalu.

Selain itu, muzik video Raya Last Minit juga sudah boleh mula ditonton di saluran YouTube Warner Music Malaysia bermula 31 Mac lalu. – KopiPlanet.com

The post Akui Dirinya Kaki Karaoke Di Kampung, Ryan Bakery Akui Gugup Ketika Rakaman Lagu Raya Last Minit Bersama Andi Bernadee appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.