Ads Top

Michelle Yeoh Cipta Sejarah, Jadi Pelakon Kelahiran Malaysia Menang Anugerah Oscar… Dedikasi Kemenangan Buat Ibunya

Pelakon popular kelahiran Ipoh, Perak, Tan Sri Michelle Yeoh mencipta sejarah apabila muncul pelakon pertama kelahiran Malaysia yang memenangi Anugerah Oscar.

Dalam acara Anugerah Oscar Ke-95 yang berlangsung hari ini, Michelle memenangi kategori Pelakon Wanita Terbaik menerusi filem Everything Everywhere All at Once.

Kejayaan tersebut menyaksikan pelakon berkenaan menewaskan empat calon lain iaitu Ana de Armas (Blonde), Cate Blanchett (Tar), Andrea Roseborough (To Leslie) dan Michelle Williams (The Fabelmans).

“Saya dedikasikan kemenangan ini kepada ibu saya, kepada ibu di seluruh dunia kerana mereka semua adalah super hero.

“Saya bawa kemenangan ini kepada ibu saya… dia menontonnya bersama keluarga di Kuala Lumpur, Malaysia. Saya sayang anda semua,” ucapnya. – KopiPlanet.

The post Michelle Yeoh Cipta Sejarah, Jadi Pelakon Kelahiran Malaysia Menang Anugerah Oscar… Dedikasi Kemenangan Buat Ibunya appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.