Ads Top

Impak Penurunan Berat Badan, Impian Aishah Nak Pakai Baju Kebaya Saiz S Tercapai

Tidak dinafikan berat badan yang dialami penyanyi popular Aishah ketika ini banyak memberi manfaat untuk dirinya menjalani kehidupan yang lebih sihat.

Ujar Aishah, dia kini lebih bijak menjaga rutin pemakanan yang lebih seimbang mengikut jumlah kalori yang diperlukan badannya.

“Memang seronok sangat selepas turun berat badan kerana lebih mudah nak beli baju baru. Mereka yang berbadan besar sahaja tahu perasaannya bila nak beli baju tapi tak ada saiz.

“Saya sendiri pun tak percaya dah boleh pakai baju saiz S. Baju-baju yang lama dulu saya dah  sedekahkan kepada kepada mangsa-mangsa banjir dan ada juga yang beri pada kawan.

“Rasanya hampir 20 beg jugalah saya sedekahkan kepada orang…tak termasuk baju-baju show saya yang lain lagi tu.

“Alhamdulillah, impian nak pakai baju kebaya dah tercapai. Kalau dulu, beg tangan dan kasut saja yang banyak dibeli. Sekarang dapatlah merasa dan saya boleh beli baju baharu sebagai hadiah untuk diri sendiri,” katanya.

Dalam pada itu, Aishah bersama Ezad Lazim bakal menjayakan program berbuka puasa bersama penghuni rumah berkenaan di Grand Barakah Hotel pada 7 April depan.

Diberi peluang untuk memuliakan golongan kurang bernasib baik pada bulan Ramadan, Aishah memberitahu ia adalah saham akhirat yang paling dinantikan olehnya.

Oleh yang demikian, apabila dipelawa untuk mengadakan persembahan di Grand Barakah Hotel dan membantu menyalurkan sumbangan kepada Rumah Anak Yatim Dan Miskin, Baitu Saidati Khadijah, Aishah tidak berfikir panjang dan memberikan persetujuan dengan tangan terbuka.

“Kalau dahulu ketika fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kita terpaksa memperlahankan program amal. Jadi, bila keadaan sudah kembali normal, saya rasa ia harus dimanfaatkan sebaiknya.

“Program ini mampu meringankan beban golongan memerlukan, selain mendatangkan kebaikan pada Ramadan. Saya harap dapat terus menjayakan program seperti ini pada masa akan datang,” ujarnya.

Rumah Anak Yatim Dan Miskin Baitu Saidati Khadijah diasaskan oleh Esah Lila@Abdulah yang ditubuhkan pada 11 Jun 2011.

Ia didiami oleh anak-anak asnaf, miskin dan yatim piatu yang terdiri daripada muslim dan mualaf.

Jualan tiket dibuka secara individu atau meja. Harga Platinum (RM358), Gold (RM338), Silver (RM298) dan Bronze (RM188). Tiket boleh dibeli menerusi talian +601170270028.

Setiap pembelian tiket, 15 peratus akan disalurkan ke tabung Rumah Anak Yatim Dan Miskin Baitu Saidati Khadijah. – KopiPlanet.com

The post Impak Penurunan Berat Badan, Impian Aishah Nak Pakai Baju Kebaya Saiz S Tercapai appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.