Ads Top

Harris Alif Tampil Dengan Single Baharu Terindah, Dedikasi Buat Cahaya Mata Tercinta

Penyanyi popular Harris Alif kini tampil dengan single terbaru berjudul Terindah yang membawa seribu satu makna untuk dirinya.

Seperti lagu-lagunya sebelum ini, Terindah juga mempunyai kisah tersendiri di mana Harris mendedikasikan lagu ini kepada anaknya, Evie Khadeeja.

Menurut Harris, dia mengalami detik indah dan pengalaman menarik apabila menerima berita tentangkehamilan isterinya, pelakon Intan Ladyana ketika merakamkan lagu ini. Justeru, tidak hairan mengapa ia diletakkan tajuk Terindah.

“Selepas mendengar demo yang diberikan daripadapihak Sony Music, saya pun terima untuk menyanyikanlagu ini, jalan ceritanya juga berkait dengan dua lagu saya sebelum ini iaitu Anugerah dan Permaisuri.

“Saya merakamkan lagu ini tak lama selepas sayakahwin, dan ketika merakamkannya juga, saya terima berita isteri saya hamil cahaya mata pertama kami. 

“Walaupun terjadi secara kebetulan, namun sayamemilih untuk mendedikasikan lagu ini untuk anaksaya. Tak dapat digambarkan betapa saya berasa terharu dan gembira ketika mula-mula tahu yang sayabakal menimang cahaya mata ketika itu,” katanya.

Dalam pada itu, Harris menyifatkan rezeki bergelarbapa bukanlah sesuatu perkara yang biasa atau kecil-kecilan, tambahan ia adalah kali pertama berlaku dalam hidupnya. 

Bagi penyanyi di bawah naunganSony Music Entertainment Malaysia ini, setiap perkara yang terjadi dalam hidupnya telah bergabung denganindah.

“Pada pendapat saya, rezeki memiliki anak bukanlahsatu kegembiraan yang biasa, tentunya ia menjadi kemanisan yang luar biasa. Tambahan lagi bait lirik lagu ini memang indah, jadi saya rasakan setiap perkara bergabung dengan sempurna.

“Melancarkan lagu selepas kahwin taklah begitu mencabar, yang mencabar adalah apabila kita memiliki anak kerana masa perlu dibahagikan dengan sebaikmungkin,” katanya lagi.

Apabila sudah melancarkan lagu, Harris tentu saja berharap agar buah tangan terbarunya diterima baik oleh para peminat dengan menikmati kisah percintaan serta muzik videonya. 

“Harapan saya semoga orang ramai suka dengar laguini dan menonton muzik videonya. Untuk pasanganyang baru kahwin, saya harap mereka dapatmengaitkan kisah lagu ini dengan hidup mereka, terutamanya bagi yang baru memiliki cahaya mata seperti saya dan isteri,” katanya menutup bicara.

Lagu Terindah boleh dimuat turun di iTunes dan dinikmati menerusi semua platform penstriman muzik terpilih seperti Apple Music, Deezer, KKBox, Spotify, YouTube dan YouTube Music. – KopiPlanet.com

The post Harris Alif Tampil Dengan Single Baharu Terindah, Dedikasi Buat Cahaya Mata Tercinta appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.