Ads Top

Filem Dokumentari Pekik Papar Kisah Perjalanan Muzik Indie Di Malaysia Yang Pernah Cetus Fenomena

‘Underground’. ‘Urban’. ‘Indie’. Inilah antara sebutan yang memetakan evolusi pergerakan muzik bebas di Malaysia semenjak penghujung ‘80an sehingga sekarang. Suatu pergerakan bingit, ikhlas, memberontak, berjiwa muda dan pelbagai lagi superlatif yang kekal disalah fahami sehingga sekarang oleh majoriti pemerhati yang menanggap dari luar.

Movement. Semangat setia kawan seumur hidup demi perjuangan bersama. Dalam kata pendek menurut barisan pelohor sendiri yang langsung membentuknya: ‘scene’.

Tibalah ‘PEKIK’, sebuah dokumentari baharu dari Stereo Pixels, di mana ahli-ahli sendiri telah berada di kalangan pelohor-pelohor dari awal lahirnya ‘scene’. Pasukan pembikin filem sendiri cukup pengalaman dalam peranan sebagai ‘gig-goers’ yang bebas menjiwai bunyi-bunyian dari tengah-tengah moshpit. Kemudian selaku pemegang pagar yang memerhati, menulis, merakam.

Mahupun juga (bagi yang cenderung dan cekal ke arah kebolehan begitu), menjaja bahan seni ‘scene’ serta membajukan penggila-penggilanya dengan jenama-jenama asli band-band disayangi; hinggalah sampai mencipta dan menyumbangkan bunyi-bunyi yang diraikan itu, mara menjadi ahli-ahli kugiran yang mana mesej-mesej mereka diteriakkan, dilalakkan, dimelodikan, lalu disebarkan semua yang terlibat dengan sepenuh jiwa.

‘PEKIK’ adalah sebuah filem dokumentari tentang kisah silam muzik bebas di Malaysia yang memfokuskan kepada watak-watak penggerak, atsmosfera sekeliling ‘scene’ & semangat kental penggerak-penggerak sejak dari revolusi asal. 

Dengan menggabungkan temu ramah dan futej persembahan band dalam usaha untuk menjejak perkembangan ‘scene underground’ di negara ini yang bermula dari sekitar akhir 80-an sehinggalah meletusnya fenomena muzik indie – sekitar 2 dekad selepas itu, ‘PEKIK’ cuba untuk menyingkirkan mitos negatif yang sering menyelubungi ‘scene’ ini dengan menggambarkan subkultur ini dengan lebih tepat melalui perkongsian cerita oleh watak-watak penggerak ‘scene’. 

‘PEKIK’ ini sebuah filem doko bernawaitu untuk mencantumkan pecah-pecahan yang mungkin terhanyut dek penangan zaman. Visualnya melakar semula jejak-jejak perjalanan yang dapat menetaskan makna dan keindahan-keindahan yang tersirat bagi menjunjung keunikan ‘scene’ milik serata yang disubjekkan ini.

Apa yang menarik, PEKIK adalah seakan sebuah ‘reunion’ di antara pemuzik-pemuzik yang terlibat di awal pembentukan scene muzik underground, antaranya Aru Peruzza, Radhi OAG & Fathul Spiral Kinetic Circus, di dalam sebuah dokumentasi yang belum pernah lagi seumpamanya diterbitkan di Malaysia sebelum ini.

Selain memfokuskan kepada perkongsian cerita oleh watak-watak penggerak ‘scene’ ini, PEKIK juga turut menyelitkan persembahan secara ‘live’ band-band yang masih aktif dari dulu sehingga sekarang antaranya Dead Mushroom, Couple & Restraint. 

Muzik latar sepanjang dokumentari ini juga adalah merupakan muzik-muzik segar yang disampaikan oleh band-band independent tempatan dan dimuatkan di dalam album Runut Bunyi Rasmi (OST) ‘PEKIK’.

Doko rokumentari ini adalah pencarian semula ramuan-ramuan yang terserlah setiap kali berlakunya celikan kesedaran massa di kalangan masyarakat muda. ‘PEKIK’ disampaikan melalui konteks yang dipercayai masih kurang diceritakan lagi malah terlepas pandangan masyarakat umum.

PEKIK diterbitkan dengan sokongan dari MyCreative Ventures yang merupakan salah satu agensi di bawah Kementerian Komunikasi & Digital.

PEKIK bakal ditayangkan Di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula pada 1 April ini atau boleh di strim melalui platform On Demand atau Astro Go. Untuk klip-klip menarik boleh dapatkan di media sosial Astro First. – KopiPlanet.com

*PERKONGSIAN CERITA OLEH:

Aru Peruzza – Koffin Kanser/Republic of Brickfields

Fathullah Luqman – Spiral Kinetic Circus/Infectious Maggots

Radhi – OAG

Loque – Butterfingers/monoloQue

Emmett – Butterfingers/Emmett I

Rom Mohd Nor – ROTTW

Azmyl Yunor – The Maharajah Commission

Izzat Uzaini – Hujan

Tam – Blind Tribe

Francis Wolf – Spunky Funggy

Myo – Muck/Bodysurf Music

BB Noise

Dead Mushroom

Couple

Naratu

Strikeout

Restraint

Nervedeless

Private Whizz

Motherland

Sekumpulan Orang Gila (SOG)

The post Filem Dokumentari Pekik Papar Kisah Perjalanan Muzik Indie Di Malaysia Yang Pernah Cetus Fenomena appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.