“Dia Kata Saya Ni Isteri Dia…” Chacha Maembong Kongsi Pengalaman Diganggu Lelaki Psiko Sehingga Alami Anxiety
Pelakon popular Chacha Maembong mendedahkan dirinya telah diganggu seorang lelaki psiko yang tidak dikenali ketika menyertai sebuah festival makanan di Kedah baru-baru ini.
Chacha ketika dia menyertai festival berkenaan, dia telah diekori lelaki tersebut, malah dia turut diganggu sewaktu berada di booth.
“Lelaki itu ekori saya sampai berani datang ke booth. Dia tanya mana keluarga saya yang lain, sehinggakan dia kata saya ni isteri dia. Kalau lihat secara luaran, lelaki tu nampak sihat.
“Masa saya tengah masak, dia datang ke booth dan cakap ‘oh my wife cantiknya pandai masak’. Ketika itu memang rasa tak selamat walaupun ada sekuriti yang bantu saya untuk halau lelaki psiko tu,” jelasnya.
Ujar Chacha, ketika itu perasaan takut masih menyelebungi dirinya, meskipun satu laporan polis telah dibuat berhubung kejadian berkenaan.
Jelasnya, sebelum ini dia juga sering mendapat mesej daripada lelaki yang sama, malah ahli keluarganya yang lain turut diganggu.
“Dia ada DM saya dan kata nak kahwin, dia kata dah dapat greenlight. Dia panggil saya sayang… dia kacau semua ahli keluarga saya,” ujarnya.
Menurutnya, biarpun laporan polis sudah dibuat berkenaan insiden yang berlaku itu, tetapi lelaki tersebut macam tak ada perasaan takut.
Ujarnya lagi, lelaki psiko itu masih lagi datang mengganggunya, malah turut datang ke acara festival lain yang turut disertainya.
“Saya ingat lepas buat laporan dah selesai, rupanya tidak. Apabila dia datang lagi di booth saya tetapi ketika itu di acara festival makanan yang lain.
“Sewaktu saya nak buka peti ais, dia datang pada saya dan cakap ‘hi sayang’, saya terkejut dan terus terbaring atas jalan raya. Mata saya menjadi gelap.
“Kejadian tersebut buatkan sampai diserang anxiety, badan saya menggigil sebab takut sangat. Dia datang kali kedua masa itu dengan sangat berani. Kemudian pihak penganjur halau dia keluar daripada kawasan berkenaan,” tambahnya. – KopiPlanet.com
The post “Dia Kata Saya Ni Isteri Dia…” Chacha Maembong Kongsi Pengalaman Diganggu Lelaki Psiko Sehingga Alami Anxiety appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: