Ads Top

Zali Rusli Tak Kisah Tidak Dikenali Sebagai Adik Haqiem Rusli, Selesa Berdiri Atas Nama & Bakat Sendiri

“Saya tak kisah jika orang tak kenal saya sebagai adik Haqiem Rusli” – itulah ayat yang diugkapkan oleh pemilik nama Zali Rusli – 17 tahun, bila dikaitkan dengan nama abang beliau Haqiem Rusli. “Saya lebih selesa untuk merangkak dan berdiri di atas nama dan bakat saya sendiri” – tambah Zali

2 tahun lalu sewaktu dunia dilanda Covid, penyanyi Zali Rusli telah melancarkan single pertama beliau berjudul – Pewangi ciptaan Haqiem Rusli dan Ibnu. Namun nasib tidak menyebelahi beliau kerana lagu tersebut seolah olah tidak berjaya melonjakkan nama dan bakat beliau kerana segala pergerakan ativiti promosi sangat terbatas.

Terbaru Zali Rusli muncul sekali lagi dengan single ke -2 beliau yang juga mempertaruhkan lagu ciptaan Haqiem dan Zali sendiri. Bila ditanya kenapa tidak menyayikan lagu pencipta lain, Zali berkata 

“Buat masa sekarang saya rasa selesa menyanyikan lagi ciptaan kami, dan ianya mendapat persetujuan dari pihak FMC Music. Namun jika diberi peluang saya juga mahu menyanyikan lagu pencipta lain. Tapi kali ini saya rasa lebih yakin menyanyikan lagu ciptaannya bersama Haqiem.

Zali yakin kerana lagu bergenre balada seperti ini mudah diterima dan lekat di hati pendengar. Tambahnya lagi “jika dilihat situasi sekarang, ramai pendengar sukakan lagu lagu jiwang balada era 90an, jadi saya rasa lagu ini memang bertepatan dengan konsep dan selera dan pendengar masa kini.

Ditanya mengapa Zali tidak mengikut jejak rakan artis senior di FMC Music lain yang rata rata merakamkan semula lagu popular lama, beliau berkata “ menurut saya biarlah mereka sahaja buat dulu, saya nanti dulu. Kerana saya yakin jika kita  boleh mencipta satu karya baru yang boleh di popularkan dan masih menepati selera pendengar. Kenapa kita nak bergantung pada lagu lama sahaja kan? “

Menyentuh soal muzik video yang melibatkan pelakon remaja yang kontroversi baru – baru ini Zali berkata beliau sangat teruja. “ ya pada mulanya saya terkasima juga waktu jumpa Qistina Raisah. Dia bukan sahaja cantik malah dia sangat peramah. Hati lelaki mana yang tak bergetar kalau jumpa Wanita secantik Qis, selalu saya tengok Qis dalam drama je, bila dah depan mata terus terkedu. Dan jujur saya cakap saya terpaut hati pada Qis. Tapi bila dapat tahu beliau dah ada seseorang, saya pendam jelah  “ kata Zali sambil berseloroh

Kamu Cantik Malam Ini – akan dilancarkan disemua platform digital termasuk muzik video rasami lagu ini akan turut dilancarkan di saluran Youtube FMC Music jam 8  malam ini  (29 Disember 2022)

Zali berharap semoga Kamu Cantik Malam ini diterima pendengar “Saya ikhlas untuk berada dalam industri hiburan ini kerana minat, dan saya tidak mahu dibayangai atau dikatan menumpang populariti abang saya. Moga anda semua menerima dan suka dengan lagu saya kali ini” 

The post Zali Rusli Tak Kisah Tidak Dikenali Sebagai Adik Haqiem Rusli, Selesa Berdiri Atas Nama & Bakat Sendiri appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.