“One Night Only…” – Selepas Lima Tahun, Shiela Majid Kembali Jayakan Konsert Solo
Setelah kali terakhir mengadakan konsert pada tahun 2017, penyanyi legenda jazz tanah air, Datuk Shiela Majid bakal mengadakan konsert solo yang diberi nama Shiela Majid Big Band Live In Kuala Lumpur pada 18 Mac 2023 bertempat di Dewan Merdeka WTC, Kuala Lumpur.
Sheila berkata, istimewanya untuk konsert berkenaan apabila buat pertama kali ia berkonsepkan Big Band dengan iringan 23 pemuzik di mana 13 daripadanya merupakan pemain horns bersama tiga penyanyi latar yang dipimpin oleh pengarah muzik tersohor, Mac Chew.
“Mengenai jumlah lagu masih belum dipastikan lagi kerana ada banyak lagu yang boleh dipilih, malah kalau boleh saya nak menyanyi antara 40 hingga 50 buah lagu.
“Cuma kalau sesi latihan dah bermula nanti barulah dapat dipastikan lagu mana yang menjadi pilihan. Lagipun lagu-lagu yang dipilih nanti perlu bersesuaian dengan susunan muzik ‘Big Band’,” ujarnya.
Jelasnya, Jennifer Thompson pula menggalas peranan sebagai pengarah konsert, manakala kesemua pemuzik yang terlibat untuk konsert kali ini adalah pemuzik tempatan.
Dalam pada itu, Sheila menjelaskan bahawa konsert ini ia hanya akan berlangsung selama satu hari sahaja, meskipun tiket sold out atau ada permintaan untuk dilanjutkan sehari lagi.
“One night only… memang sejak dahulu pun saya hanya akan mengadakan konsert untuk sehari sahaja dan itu kesempatan untuk saya memberikan momen indah kepada peminat yang datang.
“Kalau boleh saya tak mahu menjadi terlalu ambitious kerana tak semua benda kita perlu lakukan lebih dari sekali. Jadi, yang ingin menonton tu kena segera beli tiket segera,” ujarnya.
Tiket tiket untuk menyaksikan konsert berkenaan berharga serendah RM288 (Bronze), RM488 (Silver), RM588 (Gold), RM688 (Platinum), RM888 (Diamond) dan RM1,288 (VVIP) boleh dibeli melalui www.Jiobuddy.asia. – KopiPlanet.com
The post “One Night Only…” – Selepas Lima Tahun, Shiela Majid Kembali Jayakan Konsert Solo appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: