Selepas Setahun Jalani Kehidupan Solo, Ejai Aziz Tamatkan Zaman Duda
Selepas setahun menjalani kehidupan solo selaku duda muda, penyanyi Ejai Aziz akhirnya menoktahkan status tersebut apabila memilih Nursyahirah Azhar sebagai isterinya pada Jumaat.
Berkongsi momen naik pelamin bagi kali kedua, Ejai atau nama penuhnya Mohd Azrizal Mohd Aziz, 35, menyifatkannya satu nikmat dalam kehidupan.
“Tidak semua orang dilimpahkan nikmat untuk bertemu jodoh lebih daripada sekali. Jadi saya anggap kesempatan kali kedua ini mampu dimanfaatkan sebaik-baiknya.
“Kami baru saja kenal pada tahun lepas. Biarlah orang kata tempoh perkenalan kami singkat, asalkan jodoh kami berpanjangan hingga ke akhir hayat itu lebih diutamakan,” ulasnya.
Semetara itu, berkongsi momen bahagia bergelar raja sehari dalam majlis persandingan yang berlangsung di rumah keluarga pengantin perempuan di Kluang, Johor, semalam, Ejai memanjatkan rasa syukurnya ke hadrat Ilahi.
“Alhamdulillah segala puji bagi Allah, dengan sekali lafaz, kami sah diijabkabulkan sebagai suami isteri pada 9 Disember 2022 bersamaan hari Jumaat lepas.
“Terima kasih atas doa kalian buat kami dan juga untuk keluarga tercinta. Berbanyak terima kasih atas segala urusan kelancaran majlis buat kami,” beritahunya.
Untuk rekod, sebelum ini Ejai pernah mendirikan rumah tangga dan hasil perhubungan dengan isteri terdahulu, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Muhamad Amie Rayyan, 6, dan Muhamad Anas Hafiy, 5. – KopiPlanet.com
The post Selepas Setahun Jalani Kehidupan Solo, Ejai Aziz Tamatkan Zaman Duda appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: