Ads Top

Akui Dirinya Seorang Penakut, Nadiya Nisaa Banyak Tolak Tawaran Berlakon Filem Seram

Pelakon popular Nadiya Nisaa mengakui dirinya seorang yang penakut sehingga menolak banyak tawaran untuk berlakon dalam filem bergenre seram.

Nadiya berkata, dia juga pada mulanya pernah cuba menolak terbabit dalam filem Harum Malam arahan Dain Said disebabkan perasaan takut yang dialaminya.

“Sebenarnya Harum Malam adalah filem seram pertama yang saya berlakon. Sebelum ini dah banyak kali saya tolak tawaran untuk genre sebegini.

“Apabila ditawarkan oleh Dain Said untuk membawakan watak sebagai Dina, saya juga pada mulanya menolak meskipun teringin untuk berlakon di bawah arahannya,” jelasnya.

Nadiya berkata demikian sewaktu ditemui semasa sesi bertemu media bersama barisan pelakon Harum Malam yang berlangsung pada minggu lalu.

Bercerita tentang punca dia akhirnya menerima tawaran tewrsebut apabila dia dimaklumkan pihak produksi apabila dia hanya melakonkan watak seorang pengamal perubatan.

“Ketika itu saya diberitahu tidak membawakan watak hantu atau dirasuk, tetapi seorang pengamal perubatan yang mempunyai deria keenam.

“Kemudian saya pun terima tawaran tersebut. Namun, apabila tiba di set penggambaran, tak sangka pula saya perlu buat solekan khas yang menunjukkan wajah seram,” ujarnya.

Selain Nadiya, antara barisan pelakon lain yang membintangi filem berkenaan seperti Bront Palarae, Remy Ishak, Idan Aedan, Nabila Huda, Amanda Ng, Joey Daud, Angelica Petra dan Faizal Hussein.

Harum Malam mengisahkan tentang pergelutan hidup Iqbal (Idan Aedan), seorang remaja yang mampu melihat makhluk ghaib dengan mata kasar manusia.

Keupayan luar biasa ini mengakibatkan lqbal sering diganggu makhluk dan ancaman dari dunia alam ghaib sehingga sukar untuk dia membezakan antara realiti dan ghaib.

Satu peristiwa menyebabkan rakan-rakan dan keluarga lqbal terdedah dengan makhluk ghaib yang bahaya. Iqbal terpaksa menggunakan kebolehan istimewa ini untuk melawan makhluk tersebut.

Filem terbitan Apparat dan kerjasama dengan D’Ayu Pictures dan Skop Productions ini akan ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 9 Februari 2023. – KopiPlanet.com

The post Akui Dirinya Seorang Penakut, Nadiya Nisaa Banyak Tolak Tawaran Berlakon Filem Seram appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.