Ads Top

AAA Mahu Lahirkan Lebih Ramai Graduan Profesional Analisis Teknikal, Jalinkan MoU Dengan Pusat Tahfiz MIM

Seramai 132 orang graduan telah menghadiri Majlis Penyampaian Sijil Profesional Analisis Teknikal dan Sijil Profesional Pelaburan Syariah di Grand Ballroom Hotel Tenera, Bangi pada 24 Disember 2022.

Modul pembelajaran khusus yang dipelopori Asri Ahmad Academy (AAA) bermula tahun 2021 ini telah mendapat pengiktirafan pihak UTMSpace dan terbukti releven untuk dipraktikkan dalam pasaran dan situasi sebenar.

Sijil Profesional Analisis Teknikal merupakan program kerjasama UTMSpace dan AAA yang mula ditawarkan pada tahun 2021 dan telah berjaya melahirkan 42 orang Profesional dalam bidang Analisis Teknikal. Manakala pada tahun 2022 pula, seramai 32 orang telah berjaya menamatkan program dimana para graduan perlu melengkapkan program selama 5 bulan.

Sijil Professional ini telah melahirkan pedagang saham yang mahir menggunakan teknik analisis teknikal yang diguna pakai oleh pakar-pakar pasaran saham seperti pengurus dana di seluruh dunia.

AAA turut menawarkan Sijil Profesional Pelaburan Syariah yang menitikberatkan kepada produk-produk patuh syariah di Bursa Malaysia yang dikendalikan oleh jurulatih-jurulatih yang berpengalaman dan mahir dalam bidang masing-masing.

Majlis penyampaian sijil tersebut telah disempurnakan oleh Sr Ts Dr. Zakaria Mohd Yusof, Pengarah Pembelajaran Sepanjang Hayat UTMSPACE dengan disaksikan oleh Yang Berbahagia Datuk Haji Mohd Asri bin Ahmad, Pengasas Asri Ahmad Academy, Nik Ihsan Raja Abdullah, Ahli Lembaga Pengarah International Federation of Technical Analysis (IFTA), rakan kerjasama AAA serta para jemputan AAA dalam majlis yang penuh gilang gemilang.

Usaha, komitmen dan ketekunan para graduan telah membuahkan hasil dengan lahirnya graduan-graduan sijil profesional pada hari ini. Kerjasama dan pengiktirafan dari UTMSpace dan AAA akan diteruskan lagi untuk tahun-tahun akan datang.

Bagi mereka yang berminat dengan Sijil Profesional Analisis Teknikal dan Sijil Profesional Pelaburan Syariah ini, anda adalah dipelawa untuk menyertainya. Sila rujuk pada laman sesawang https://ift.tt/mD5UXb4.

Dalam majlis ini juga, AAA turut menandatangani Memorandum Persefahaman bersama Maahad Integrasi Madad (MIM) untuk berkongsi ilmu pelaburan saham kepada pelajar- pelajar tahfiz yang telah menamatkan pengajian mereka. 

Objektif program ini adalah untuk melatih para pelajar tahfiz supaya mampu menguruskan kewangan disamping menjana pendapatan melalui pelaburan saham. 

AAA akan bertanggungjawab dan memberikan komitmen dalam menyampaikan ilmu pelaburan kepada para pelajar tahfiz ini. – KopiPlanet.com

The post AAA Mahu Lahirkan Lebih Ramai Graduan Profesional Analisis Teknikal, Jalinkan MoU Dengan Pusat Tahfiz MIM appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.