Ads Top

Erin Malek Sekali Lagi Tidak Bertudung Di Luar Negara, Tutup Ruangan Komen Di Instagram

Setelah dilihat tidak bertudung menerusi gambar yang dimuat naik di Instagram pada bulan September lalu ketika bercuti di Korea Selatan bersama keluarga, pelakon Erin Malek sekali lagi melakukan perkara yang sama.

Yang terbaharu, Erin dilihat hanya bertopi sahaja dengan sedikit rambut yang kelihatan sewaktu bercuti di Singapura baru-baru ini.

Apa yang lebih mencuri perhatian, pelakon berkenaan juga telah bertindak dengan menutup bahagian ruangan komen pada gambar yang dimuat naik.

Dalam pada itu, menerusi posting yang lain pula, ternyata pelakon filem Tentang Bulan itu mendapat kecaman beberapa netizen.

“Ni laa retis yg kejap pakai tudung kejap xpakai tudung.. amende ntah… pastu tetap nak post kt ig.

“Tapi hati tak kuat, tutup komen. try istiqomah mcm fazura ke neelofa ke, izara ke.. kan herlok. Saya ni dah la peminat awal dr kecil,” tulis seorang netizen. – KopiPlanet.com

The post Erin Malek Sekali Lagi Tidak Bertudung Di Luar Negara, Tutup Ruangan Komen Di Instagram appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.