Ads Top

Giliran Haida Hasnan Tersingkir Saingan GV9, Juara Minggu Ketiga Milik Shila Amzah

Penyanyi Haida Hasnan menjadi peserta yang kedua tersingkir daripada saingan Gegar Vaganza 9 (GV9), sekaligus tidak dapat meneruskan aksi pada minggu hadapan.

Meskipun mempersembahkan lagu Nang nyanyian Iman Troye dengan baik, namun ia masih belum dapat memberikan markah yang tinggi buat Haida.

Dalam pada itu, Shila Amzah yang menyanyikan lagu dangdut iaitu Secangkir Madu Merah membuktikan dirinya berada di kelas tersendiri apabila muncul juara untuk minggu ketiga.

Mengekori rapat di tempat kedua pula adalah Bob Yusof menerusi lagu Zalikha, manakala peserta Singapura, Hazrul Nizam sekali lagi muncul Top 3 apabila berada di tangga ketiga dengan menyampaikan lagu Fatwa Pujangga.

GV9 menampilkan tiga orang juri tetap iaitu Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat, manakala tiada juri jemputan untuk minggu kedua. – KopiPlanet.com

*Senarai Lagu Minggu Keempat (Aman Di Mata, Damai Di Hati) & Jumlah Markah Minggu Ke-3

  1. Pudar – Shila Amzah (78.80 peratus)
  2. Sumayyah – Bob Yusof (77.30 peratus)
  3. Ku Mohon – Hazrul Nizam (71.90 peratus)
  4. Andai Ku Tahu – Asheed Def Gab C (71.60 peratus)
  5. You Raise Me Up – Jaclyn Victor (71.40 peratus)
  6. Kau Yang Satu – Tomok (66.80 peratus)
  7. Layang-Layang Terputus Talinya – Fuad Rahman (65.90 peratus)
  8. Kaulah Segalanya – VE (61.90 peratus)
  9. Mewangi – Dina Nadzir (61.70 peratus)
  10. Kembara Di Tanah Gersang – Pat Candy (56.70 peratus)
  11. Hanya Satu – Tom (55.50 peratus)
  12. Haida Hasnan – TERSINGKIR (53.40 peratus)

The post Giliran Haida Hasnan Tersingkir Saingan GV9, Juara Minggu Ketiga Milik Shila Amzah appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.