Ads Top

“Bukan Masalah Besar Sangat Meruntuhkan Rumah Tangga Orang… Bincangkan” – Puteri Sarah Dilihat Seperti Membidas Kenyataan Kazar Saisi

Pelakon popular, Puteri Sarah dilihat seperti membidas kenyataan yang dikeluarkan oleh Kazar Saisi berkenaan isu meruntuhkan rumah tangga orang lain.

Apa yang lebih menarik perhatian, Puteri Sarah turut mengajak pengikutnya di Instagram untuk membincangkan mengenai perkara berkenaan.

“Bukan masalah besar sangat meruntuhkan rumahtangga orang…

“Bincangkan,” tulisnya ringkas.

Kazar yang ditemui pihak media sewaktu berlangsung sebuah majlis anugerah baru-baru ini mengharapkan anaknya, Ira Kaza dan Puteri Sarah agar dapat berdamai.

Malah, pelakon berkenaan juga menyatakan bahawa isu yang timbul antara kedua-duanya bukanlah satu masalah yang besar.

Sebelum ini, umum sudah mengetahui mengenai kontroversi yang melanda apabila Ira dikatakan mempunyai hubungan istimewa dengan Syamsul Yusof yang juga suami kepada Puteri Sarah.

Dalam pada itu, menerusi komen-komen di posting Instagram Puteri Sarah, rata-rata telah menyelar kenyataan yang dibuat oleh Kazar. – KopiPlanet.com

The post “Bukan Masalah Besar Sangat Meruntuhkan Rumah Tangga Orang… Bincangkan” – Puteri Sarah Dilihat Seperti Membidas Kenyataan Kazar Saisi appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.