Ads Top

Aliff Syukri Nak Padam Semua Akaun Media Sosial, Akui Dirinya Alami Sakit Mental

Setelah berhadapan dengan pelbagai kontroversi, usahawan selebriti, Datuk Seri Aliff Syukri mahu memadamkan semua akan media sosial miliknya.

Dalam posting terbaharu, Aliff juga mengakui dirinya mengalami sakit mental dah sudah tidak mampu bertahan lagi.

“Bye bye.. selamat tinggal Instagram awak adalah permainan yang terindah buat saya.. bukan senang nak ada kawan byk ni.. bukan senang untuk berpisah dengan awak.. sy akan rindu moment ni.. 4.3juta kawan..

“Dan smua sosial media sy seperti ig,fb dan tiktok yg berjuta2…sy insan kerdil yg byk dosa… sy sebanarya ada sakit mantal.. sy tak tahan dah… dr 0 sampai ketahap ni sy redha dAn iklaskan demi kebaikan smua…doakan yg terbaik buat saya..,” tulisnya.

Dalam satu posting yang berasingan, Aliff memberitahu dia sedang mengarahkan teamnya untuk memadamkan akaun media sosialnya.

“Sabar ya…Saya sedang mengarahkan smua team sy buag sy dari semua rada media sosial buat selama2nya..

“InsyaAllah, saya undur diri dgn cara yg baik.. utk kebaikan smua pihak,” ujarnya. – KopiPlanet.com

The post Aliff Syukri Nak Padam Semua Akaun Media Sosial, Akui Dirinya Alami Sakit Mental appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.