Ads Top

Aliff Syukri Nak Jual Akaun Instagram, Tawar Harga RM500,000 Kepada Pembeli


Usahawan selebriti, Datuk Seri Aliff Syukri berhasrat untuk menjual akan Instagram miliknya dengan harga RM500,000. 

Perkara berkenaan dikongsikan sendiri olehnya menerusi satu perkongsian di IG Story hari ini.

“Siapa yang nak beli akaun IG ni saya nak jual RM500k. 

“Berminat DM saya,” tulisnya.

Setakat ini, akaun Instagram milik usahawan berkenaan sudah mempunyai 4.3 juta pengikut.

Baru-baru ini, usahawan berkenaan mencipta kontroversi baharu apabila memuatnaik video lagu terbaharunya bersama Baby Shima.

Bagaimanapun, video berkenaan mendapat kecaman netizen apabila kedua-duanya beraksi ghairah. – KopiPlanet.com

The post Aliff Syukri Nak Jual Akaun Instagram, Tawar Harga RM500,000 Kepada Pembeli appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.