Ads Top

Diaibkan Seorang Individu… Zarina Anjoulie Buat Laporan Polis, Mahu Ambil Tindakan Sama

Pelakon Zarina Anjoulie membuat satu laporan polis terhadap seorang individu yang bertindak memuat naik video di media sosial untuk mengaibkan dirinya.

Menerusi satu posting di Insta Story miliknya, Zarina memaklumkan tindakan individu itu adalah semata-mata mahu menaikkan jumlah view.

“Dia telah memuat naik beberapa video tentang Anjou tanpa henti, bertujuan untuk menaikkan views dia, memalukan, mengaibkan Anjou.

“Anjou tak nak berbalah-balah macam budak kecik. Anjou dah ambil keputusan buat laporan polis,” ujarnya.

Menurutnya lagi, bapa saudaranya serta seorang doktor dikatakan turut menjadi mangsa akan bergabung meneruskan tindakan saman terhadap individu tersebut.

“Buat apa nak maki gaduh kalau kita boleh guna channel yang betul. Undang-undang ada, ikut saluran yang betul. Ramai orang suka berlakon gila demi kepentingan sendiri.

“Saya, doktor dan pak cik saya akan bergabung untuk proceed dengan tindakan saman dan undang-undang terhadap individu ini,” tegasnya.

Namun begitu, dia tidak menjelaskan dengan lebih lanjut mengenai isu yang tercetus di antara dia dengan individu berkenaan. – KopiPlanet.com

The post Diaibkan Seorang Individu… Zarina Anjoulie Buat Laporan Polis, Mahu Ambil Tindakan Sama appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.