“Ini Adalah Anugerah Allah Yang Maha Agung…” – Nelydia Senrose & Suami Laksana Ibadah Haji
Pelakon popular, Nelydia Senrose dan suaminya akan melaksanakan ibadah haji.
Perkara berkenaan telah dikongsikan sendiri oleh Nelydia menerusi satu perkongsian di akaun Instagram miliknya.
“Saya Nik Zaris Nelydia dan suami tersayang Mohd Hafez Halimi dengan rasa penuh kesyukuran, gembira dan tawadhu’ diatas kebesaran Sang Pencipta yang Maha pengasih dan mengasihani yg mengizinkan kami utk menjadi Duyufurrahman (tetamu Allah) bagi menunaikan ibadah Haji.
“Ini adalah anugerah Allah yang maha agung buat kami berdua. Saya dgn penuh rasa kerdil dan rendah diri ingin memohon seribu kemaafan kepada semua yg mengenali saya,” tulisnya.
Pada Disember tahun lalu, pelakon berkenaan berkesempatan menunaikan ibadah umrah.
Dalam pada itu, pelakon berkenaan turut memohon Maaf dan memohon agar dititipkan doa yang baik buat dia dan suami.
“Segala salah dan silap, terkasar bahasa yg saya sedari maupun yg tanpa sengaja terlepas pandang selama ini. Halalkan makan minum kami.
“Saya mohon agar dapat dititipkan doa buat saya dan suami agar selamat pergi dan balik. Dipermudahkan segala urusan dan dgn izin-Nya mendapat haji mabrur,” ujarnya. – KopiPlanet.com
The post “Ini Adalah Anugerah Allah Yang Maha Agung…” – Nelydia Senrose & Suami Laksana Ibadah Haji appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: