Ads Top

Ashanty Dedahkan Anang Hermansyah Minta Lakukan Hubungan Seks Setiap Hari

Penyanyi popular Indonesia, Ashanty mendedahkan bahawa suaminya, Anang Hermansyah mahu melakukan hubungan seks setiap hari sepanjang 10 tahun perkahwinan mereka.

Ashanty mengungkap perkara berkenaan apabila ditanya oleh seorang netizen sewaktu dia dan suami live di laman YouTube baru-baru ini.

“Setiap hari…” ujar penyanyi itu ringkas.

Biarpun diminta lakukan hubungan seks setiap hari, tetapi Ashanty memberitahu bahawa mereka hanya akan melakukan hubungan seks sebanyak tiga kali seminggu.

“Dalam seminggu secara minimanya kami melakukannya sebanyak tiga kali. Kalau ditanya Anang minta berapa kali, dia akan minta setiap hari,” jelasnya.

Dalam pada itu, rata-rata netizen kebanyakannya telah mengkritik kenyataan yang dilakukan oleh Ashanty itu.

Malah, ada yang menegaskan bahawa cerita mengenai perkara sedemikian tidak perlu diceritakan secara terbuka. – KopiPlanet.com

The post Ashanty Dedahkan Anang Hermansyah Minta Lakukan Hubungan Seks Setiap Hari appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.