Ads Top

Aliff Syukri Menangis Dapat Penghargaan LZS, Jadi Antara Pembayar Zakat Tertinggi Di Selangor

Usahawan selebriti Datuk Seri Aliff Syukri menangis setelah mendapat penghargaan daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS) selaku antara pembayar zakat tertinggi di negeri tersebut dengan nilai hampir RM1 juta tahun lalu.

Perkara berkenaan telah dikongsikan sendiri oleh Aliff menerusi satu perkongsian video di Instagram sambil menganggap ia satu kenangan bermakna buat dirinya dan isteri.

“Hari indah buat saya dan isteri! Syukur hari ni @zakatselangor beri penghargaan kepada kami antara pembayar zakat terbesar di Selangor hampir 1 juta pada tahun 2021 hasil bisnes @as.hijabofficial @dherbsholdingshq @sugehecoresort.

“Dulu masa saya mula niaga 15 tahun lepas saya hanya mampu bayar RM7 zakat setiap bulan, tapi saya selalu tanamkan azam nak bayar lebih dan iainya menjadi satu semangat untuk saya kerja keras! Terima kasih doa ibu kandung saya @bondarozitaibrahim dan isteri saya @shahidadherbs,” kongsinya. 

Pada masa sama, beliau meminta pengikutnya agar dapat mendoakan dirinya sentiasa sukses dalam kejayaan dan terus dapat membantu golongan yang memerlukan.

“Alhamdulillah hari ni jadi kenyataan, tidak la hebat nak banding dengan mereka yang jauh lebih berjaya.

“Tapi saya mohon anda doakan saya sentiasa berjaya dalam perniagaan dan dapat memberi lebih banyak bantuan pada mereka yg memerlukan,” tulisnya. – KopiPlanet.com

The post Aliff Syukri Menangis Dapat Penghargaan LZS, Jadi Antara Pembayar Zakat Tertinggi Di Selangor appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.