Ads Top

Suhaimi Saad Pantau Anak-Anak Guna Telefon Pintar Untuk Belajar Atau Tengok YouTube

Penyanyi nasyid popular, Suhaimi Saad mendedahkan dia tidak membelikan telefon pintar untuk anak-anaknya kerana beranggapan tiada keperluan buat masa ini.

Perkara berkenaan dikongsikan sendiri oleh penyanyi berkenaan menerusi TikTok apabila ada yang bertanya mengenainya.

“Ramai tahu anak SS (Suhaimi Saad) tak ke sekolah dan mereka belajar secara homeschooling di rumah. Jadi mereka memang tiada keperluan untuk PdPR atau untuk hubungi ibu ayah.

“Pergi mana-mana pun dan ibu ayah, jadi tak ada keperluan sangat. Tapi mereka boleh guna telefon ibu ayah dengan pantau semua kalau nak tengok YouTube atau nak belajar,” katanya.

Menerusi video yang dikongsikan itu lagi, Suhaimi juga menyatakan penggunaan telefon pintar mempunyai kesan buruk.

“Kita tahu yang telefon ni ada kesan radiasi tak berapa elok untuk anak-anak. Kalau budak-budak tengok seronok TikTok, game, jadi minat untuk belajar tu kurang.

“InsyaAllah, bila sampai masa dan keperluan SS akan belikan,” jelasnya. – KopiPlanet.com

The post Suhaimi Saad Pantau Anak-Anak Guna Telefon Pintar Untuk Belajar Atau Tengok YouTube appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.