Ads Top

Adami Hairi Sambut Syawal Tanpa Insan Yang Disayangi

Dalam menyambut kedatangan syawal inj,sudah tentu sebahagian besar kita sibuk dalam membuat persiapan untuk menyambut aidilfitri..

Tambahan pulak sudah dua tahun sebelum dunia menghadapi penularan wabak Covid-19 dan rata-rata semua sedang menyiapkan persiapan seperti pakaian baharu, kuih-muih, menghias rumah dan sebagainya bagi menceriakan suasana di hari raya.

Namun bagi penyanyi Adami Hairi, tahun ini dia dan keluarga menyambut Syawal tanpa insan yang paling bermakna dalam kalangan ahli keluarganya.

Ini kerana bapanya yg telah kembali kerahmatullah pada awal Ramadan yang lalu dan pemergian ayahanda tercinta membawa beribu kenangan buat dirinya dan keluarga..

“Saya rindu sangat-sangat kenangan bersama abah, lagi-lagi bila kedengaran takbir raya yang membuatkan lagi bertambah sayu.

“Jika sebelum ini setiap Ramadhan dan Syawal selalu bersama, tahun ini abah dah pergi tinggalkan kami semua untuk selamanya,” ujarnya.

Ditanya tentang persiapan perayaan, Adami berkata hanya menyambut dalam besederhana sahaja untuk persiapan perayaan seperti biasa tahun ini.

Namum begiet, dia bersyukur masih dapat menyambut perayaan bersama keluarga dan sanak saudara. – KopiPlanet.com

The post Adami Hairi Sambut Syawal Tanpa Insan Yang Disayangi appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.