Ads Top

Mira Filzah & Suami Umum Nama Cahaya Mata, Wan Khair Amir… Turut Hasilkan Akaun Instagram Anak

Setelah tujuh hari melahirkan cahaya mata sulung, akhirnya pelakon popular Mira Filzah dan suami mengumumkan nama anak mereka.

Perkongsian tersebut dibuat menerusi satu posting di Instagram berserta beberapa keping gambar semasa majlis tahnik dan bercukur yang dibuat.

“Allahumma salli ala Muhammad, waala ali Muhammad. Hari ini hari ke-7 bersama putera tersayang kami.

“Dengan rasa penuh keinsafan dan kesyukuran, kami menamakan putera kami, Wan Khair Amir bin Wan Emir Astar,” tulisnya.

Selain mengumumkan nama anak, pasangan tersebut juga dilihat telah menghasilkan akaun Instagram anak mereka dengan menggunakan nama @wankhairamir.

“‘Khair’ membawa makna ‘baik, elok’, juga diambil daripada nama arwah Papa (Wan Mohammad Khair-il Anuar).

“‘Amir’ pula bermaksud ‘orang yang memegang perintah, pemimpin’, juga diambil sebagai variasi daripada nama kami berdua Emir dan Amirah,” jelasnya. – KopiPlanet.com

The post Mira Filzah & Suami Umum Nama Cahaya Mata, Wan Khair Amir… Turut Hasilkan Akaun Instagram Anak appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.