Ads Top

Setelah Setahun Dikurniakan Cahaya Mata, Miera Liyana Akhirnya Tunjuk Wajak Anak

Setelah setahun melahirkan cahaya mata sulung, akhirnya berkongsi wajah anaknya iaitu Rachel Aisyah menerusi media sosial.

Menerusi perkongsian yang dibuat itu, ia dibuat oleh pelakon berkenaan sempena ulang tahun kelahiran anaknya yang kini berusia setahun.

“Hey little queen, you are not an ordinary girl. You are born with the most divine blessings of Allah. I know one day you will make us proud.

“We will be the first one to clap for all your achievements and laurels. Happy 1st Birthday Rachel Aisyah,” tulisnya menerusi ruangan caption.

Pelakon itu telah melahirkan seorang cahaya mata perempuan pada 16 Mei 2021.

Sebelum ini, Miera pernah menyatakan dia lebih gemar memilih untuk tidak menayangkan serta menghebohkan perihal kelahiran cahaya matanya kerana menghormati permintaan suaminya.

Pelakon itu mendirikan dengan suaminya, Rosland Othman yang merupakan seorang usahawan pada 26 Julai 2020 di sebuah hotel terkemuka di ibu kota. – KopiPlanet.com

The post Setelah Setahun Dikurniakan Cahaya Mata, Miera Liyana Akhirnya Tunjuk Wajak Anak appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.