Ads Top

Anak Aamir Khan Raikan Sambutan Majlis Ulang Tahun Kelahiran Ke-25 Dengan Tema Parti Bikini

Anak kepada pelakon popular Aamir Khan iaitu Ira Khan baru sahaja meraikan sambutan ulang tahun kelahiran ke-25 menerusi majlis yang dihadiri ahli keluarga terdekat.

Antara yang turut diundang ke majlis berkenaan adalah ibu tiri kepada Ira iaitu Kiran Rao yang juga bekas isteri kepada pelakon tersebut.

Bagaimanapun, apa yang lebih menarik perhatian apabila memuat naik beberapa keping gambar di Instagram menunjukkan anak pelakon itu hanya memakai bikini sepanjang majlis berlangsung.

Menerusi gambar yang dikongsikan itu juga menyaksikan majlis yang diadakan itu adalah bertemakan parti bikini dengan tetamu dilihat berenang di dalam kolam renang beramai-ramai.

Namun begitu, ada juga yang mengecam Aamir dan menyifatkan pelakon tersebut yang membiarkan anaknya berbikini memberi pengaruh yang buruk. – KopiPlanet.com

The post Anak Aamir Khan Raikan Sambutan Majlis Ulang Tahun Kelahiran Ke-25 Dengan Tema Parti Bikini appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.