Ads Top

Filem JanGo Ketengahkan Budaya Melayu & Cina, Hasil Kerjasama Syarikat Produksi Malaysia & Hong Kong

Setelah selesai menghasilkan filem Gadis Jolobu The Movie, ternyata Zebra Studio tidak mengambil masa yang lama untuk tampil dengan karya baharu berjudul JanGo.

Merupakan singkatan kepada ‘Jangan Goyang’, apa yang menariknya filem JanGo ini mengetengahkan budaya Melayu dan Cina yang mana ideanya tercetus daripada dua pelakon utamanya iaitu Joey Daud dan Khir Rahman.

Pengasas dan Penerbit Eksekutif Zebra Studio, Saraleana Nattaya Azmi JanGo merupakan filem rentas budaya dalam dwibahasa iaitu Melayu dan Cina yang pertama di Malaysia menerusi gabungan empat pelakon Melayu dan Cina sebagai watak utama.

“Pastinya saya sangat teruja untuk menjalinkan kerjasama dengan pihak Hong Kong menerusi filem ini yang menonjolkan campuran budaya dalam masyarakat berbilang kaum di Malaysia.

“Saya juga gembira kerana bakat-bakat dari Malaysia di beri peluang untuk diketengahkan ke luar negara terutamanya di Hong Kong dan China,” jelasnya.

Ujar Saraleana, JanGo adalah karya produksi usaha sama antara Zebra Studio dari Malaysia dan Times Multimedia Innovation Ltd yang berpangkalan di Hong Kong.

Menurutnya, JanGo merupakan peluang untuk menarik penonton antarabangsa dan dengan pendekatan tersebut juga membolehkan pihaknya mencapai matlamat bagi membawa kandungan Malaysia ke peringkat global.

Sementara itu, Pengarah dan Pengasas Zebra Studio CL Hor berkata, dia tidak sabar untuk bekerjasama semula dengan Khir Rahman & Joey Daud dalam filem rentas budaya.

“Ini kerana keserasian mereka di dalam lakon layar, pastinya akan membuatkan penonton ketawa tak kering gusi sehingga mengalirkan air mata.

“Bagi saya, JanGo ialah sebuah filem usahasama aksi komedi dengan pengakhiran twist yang akan menggambarkan sisi berbeza filem Malaysia kepada dunia,” ujarnya.

Dalam pada itu, Pengarah Pengeluaran Times Multimedia Innovation (HK) Tony Leung turut meluahkan rasa teruja untuk memulakan penggambaran secara usaha sama dengan Zebra Studio.

“Ini adalah produksi bersama pertama kami dengan Zebra Studio dan kami berharap perkongsian ini dapat diteruskan pada tahun-tahun akan datang.

“Kami juga berharap filem ini akan membawa sedikit dorongan dan menaikkan semangat semua rakyat Malaysia dan warga Hong Kong. Kami juga gembira dapat bekerjasama dengan beberapa artis terkenal di Malaysia untuk JanGo”, ujarnya.

JanGo ialah salah satu filem produksi rentas negara dari Zebra Studio untuk tahun 2022 yang akan dikeluarkan untuk tayangan di Malaysia dan Antarabangsa. – KopiPlanet.com

The post Filem JanGo Ketengahkan Budaya Melayu & Cina, Hasil Kerjasama Syarikat Produksi Malaysia & Hong Kong appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.