Ads Top

Amber Heard Sengaja Berak Atas Katil Semata-Mata Mahu Balas Dendam Terhadap Johnny Depp

Ketika ini, industri hiburan Hollywood sedang hangat dengan perbicaraan antara bekas pasangan selebriti popular, Amber Heard dan Johnny Deep mengenai kes keganasan rumah tangga.

Lebih menarik perhatian, ketika perbicaraan sedang berlangsung di mahkamah, salah seorang saksi Johnny iaitu Starling Jenkins mengakui Amber sengaja berak atas katil.

Menurut Starling lagi, perbuatan berkenaan dilakukan bukan kerana Amber sakit, sebaliknya ia memang disengajakan setelah pasangan tersebut bertengkar.

Dalam kejadian yang berlaku pada 21 April 2016, Johnny meninggalkan bekas isterinya di apartment mereka di Los Angeles dan pergi ke rumahnya di Hollywood Hills.

Kemudian pada keesokan paginya, setelah Amber beredar dari apartment berkenaan, penjaga rumah menemukan najis manusia di atas katil mereka.

Sebelum ini, Amber menyatakan bahawa najis yang terdapat di atas katil berkenaan adalah najis dua ekor anjing peliharaan mereka.

Bagaimanapun, Johnny merakui kenyataan berkenaan dan yakin bahawa najis berkenaan bukanlah najis anjing. – KopiPlanet.com

The post Amber Heard Sengaja Berak Atas Katil Semata-Mata Mahu Balas Dendam Terhadap Johnny Depp appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.