Ads Top

“Ko Boleh Panggil Aku Noreen Gemuk Macam B*bi – Norreen Iman Enggan Dipanggil Atau Disamakan Dengan Siti Bainun

Seorang Insta Famous yang kini bergelar pelakon, Norreen Iman enggan apabila ada yang memanggil atau menyamakannya dengan Siti Bainun.

Menerusi satu video yang dikongsikan menerusi Instagram miliknya, Norreen menegaskan dia dan pengasas Rumah Bonda itu jauh berbeza.

“Siti Bainun? Pertama sekali korang boleh panggil saya fat ugly bitch, ko boleh panggil aku Norreen badan gemuk macam b*bi, gajah, tong dram, trak… semua benda boleh panggil. Perut aku pun banyak roadblock.

“Tapi jangan panggil Saku Siti Bainun. Sebab aku dengan Siti Bainun jauh sekali. Yes, memang aku gemuk gila. Aku dahlah tinggi 171 sentimeter, gemuk pula tu. Aku punya besar kalau duduk depan kau memang terus gelap masa depan. Tapi, jangan panggil saya Siti Bainun,” ujarnya.

Norreen berkata, dia bukanlah seorang pendera, sebaliknya merupakan pencinta alam, pencinta makanan, pencinta binatang, pencinta anak dan seorang yang penyayang.

“Yang cakap aku Siti Bainun, kalau aku rembat muka baru tau. Asal gemuk semua Siti Bainun,” jelasnya.

Siti Bainun merupakan seorang individu yang kini sedang berhadapan dengan kes mahkamah apabila didakwa mendera seorang kanak-kanak OKU iaitu Bella. – KopiPlanet.com

The post “Ko Boleh Panggil Aku Noreen Gemuk Macam B*bi – Norreen Iman Enggan Dipanggil Atau Disamakan Dengan Siti Bainun appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.