Lelaki Kongsi Video Sanggup Beratur Depan Gerai Chef Ammar Seawal Pukul 9.47 Pagi Semata-Mata Mahu Jadi Pembeli Pertama
Tidak dinafikan sepanjang bulan puasa ini, antara perkara yang menjadi viral adalah mengenai jualan nasi Arab Chef Ammar yang dijual di bazar Ramadan.
Biarpun ada yang mengecam gara-gara harga yang dikatakan mahal, namun ia tetap mendapat sambutan hangat pengunjung sehingga pelanggan terpaksa beratur panjang.
Malah, menerusi satu video yang dimuat naik di TikTok, terdapat seorang pelanggan lelaki yang sanggup datang dan beratur kira-kira pada pukul 9.00 pagi.
Dalam video berkenaan, pelanggan tersebut memaklumkan bahawa selain datang terlalu awal, dia juga menjadi pelanggan yang pertama datang dan situasi sekeliling masih lagi kosong.
Sementara itu, menerusi ruangan komen pula terdapat netizen yang kagum dengan lelaki itu, malah ada juga yang berseloroh untuk beratur selepas waktu sahur. – KopiPlanet.com.
The post Lelaki Kongsi Video Sanggup Beratur Depan Gerai Chef Ammar Seawal Pukul 9.47 Pagi Semata-Mata Mahu Jadi Pembeli Pertama appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: