Jalin Hubungan Dengan Ahli Perniagaan, Mawar Karim Cadang Tamatkan Zaman Janda Lepas Selesai Kes Mahkamah
Usahawan popular, Mawar Abdul Karim akhirnya mengakui dirinya kini menjalin hubungan istimewa dengan seorang jejaka setelah bergelar janda selama empat tahun.
Enggan mendedahkan identiti jejaka berkenaan, Mawar sebaliknya menyatakan individu berkenaan merupakan seorang ahli perniagaan yang berasal dari utara tanah air.
“Apa yang saya pinta cuma doakan kebahagiaan buat diri saya dan keluarga. Saya rasa sudah tiba masanya untuk mempunyai seorang teman hidup setelah empat tahun bergelar janda.
“Mengenai perancangan untuk berumah tangga, berilah saya masa untuk selesaikan beberapa perkara terlebih dahulu, termasuk kes mahkamah yang akan bermula,” ujarnya.
Sebelum ini, usahawan berkenaan telah dituduh gagal membayar hutang sebanyak RM720,000 serta didakwa bakal muflis.
Sehubungan itu, Mawar yang mengakui terkesan dengan isu berkenaan telah bertindak membawa perkara berkenaan ke mahkamah.
Mengulas lanjut mengenai hubungan yang terjalin, Mawar menyatakan apa yang paling penting lelaki berkenaan dapat menerima dia dan anaknya.
Ujarnya, dia tidak boleh mendedahkan lebih lanjut memandangkan mereka baru sahaja berkenalan lebih kurang setahun yang lalu.
“Kalau ditanya mengenai apa yang membuatkan saya tertarik dengannya adalah masing-masing mempunyai persefahaman serta dapat menerima saya yang sudah memiliki seorang cahaya mata,” ujarnya.
Terdahulu, Mawar pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon, Fizo Omar pada November 2013, tetapi bercerai pada 10 Julai 2019.
Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang anak perempuan bernama Wan Maryam yang kini berusia lima tahun. – KopiPlanet.com
The post Jalin Hubungan Dengan Ahli Perniagaan, Mawar Karim Cadang Tamatkan Zaman Janda Lepas Selesai Kes Mahkamah appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: