Hadiah Kereta Mewah… Tanda Penghargaan Zul Ariffin Buat Gayatri, Akui Sayang Seperti Keluarga
Pelakon popular, Zul Ariffin menyifatkan pemberian hadiah sebiji kereta mewah kepada penerbit Gayatri Su Lin Pillai adalah sebagai tanda penghargaan kepada wanita tersebut.
Zul berkata, dia memang teringin untuk memberikan hadiah tersebut memandangkan kereta berkenaan merupakan kereta kegemaran Gayatri.
“Hadiah itu lebih kepada tanda penghargaan saya buat dia. Kami dah kenal lama, lebih daripada 10 tahun dan saya memang sayang dia seperti sebuah keluarga.
“Kalau kita menghargai seseorang itu, ia adalah antara yang boleh kita lakukan (beri hadiah). Berkenaan nombor plate (SYG) pula saya anggap ia sesuatu yang cute,” ujarnya.
Zul berkata demikian ketika ditemui semasa pelancaran program raya Astro serta majlis berbuka puasa yang berlangsung semalam.
Dalam pada itu, ketika diminta mengulas mengenai kes video babak drama Perempuan Itu yang pernah kecoh sebelum ini, Zul menyatakan dia tidak dapat menjelaskan lanjut kerana ia masih dalam peringkat siasatan.
Ujarnya, dia pun sudah membuat permohonan kerana merasakan ia adalah langkah yang paling sesuai setelah apa yang berlaku.
“Mengenai jadual tayangan drama berkenaan, saya sendiri pun kurang pasti bila ia akan ditayangkan kerana ia terpulang kepada stesen TV tersebut,” ujarnya. – KopiPlanet.com
The post Hadiah Kereta Mewah… Tanda Penghargaan Zul Ariffin Buat Gayatri, Akui Sayang Seperti Keluarga appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: