Ads Top

“Lakonan Tak Rasanya…” – Neelofa Beri Bayangan Mungkin Tidak Lagi Terbabit Dalam Bidang Lakonan?

Selain bergelar seorang pengacara dan usahawan berjaya, Neelofa juga sememangnya begitu dikenali sebagai seorang pelakon.

Bagaimanapun, ketika ditanya mengenai kerjaya seninya, Neelofa seperti memberi bayangan mungkin dia tidak lagi terbabit dalam bidang lakonan.

“Lakonan tak rasanya…,” jawabnya ringkas apabila ditanya sama ada dia akan kembali berlakon setelah mendirikan rumah tangga dan memiliki cahaya mata.

Neelofa berkata, apa yang menjadi keutamaannya sekarang ini adalah mengurus keluarga dan membesarkan cahaya mata sulungnya, Muhammad Bilal yang kini berusia tiga bulan.

Jelasnya, selain memberi keutamaan kepada rumah tangga, Neelofa juga menyatakan dia akan lebih fokus kepada perniagaaan yang diusahakan sekarang.

“Seboleh-bolehnya saya pun tak nak tinggalkan Bilal lama-lama dengan pembantu dan mahu lakukan rutin sebagai seorang ibu.

“Sekarang ini pun nak jalankan perniagaan sudah lebih mudah sebab boleh lakukan dari rumah dan jarang untuk saya hadiri mesyuarat,” jelasnya.

Dalam pada itu, isteri kepada PU Riz itu memaklumkan yang dia akan tampil dengan sebuah program bual bicara tidak lama lagi.

“Saya akan tampil dengan sebuah program bual bicara dan ia masih lagi dalam proses perbincangan. Kalau dah confirm semuanya nanti ia akan diumumkan,” jelasnya.

Sementara itu, PU Riz pula menyatakan sebagai seorang suami dia akan memberikan ruang kepada isterinya untuk melakukan perkara yang sudah biasa dilakukannya.

“Mengenai perkara ini, kita sudah berbincang dengan terperinci, misalnya setiap perkara dengan imej agama dibawa kena banyak berhati-hati dan alhamdulillah Lofa boleh ikut. Banyak pun dia ikut, pakaian pun dia taat pada perintah Allah SWT. Jadi kita bagi dia ruang berkarya dalam perkara yang dia sudah biasa buat.

“Berkenaan dengan lakonan pula, bukanlah kami kata tak nak terbabit langsung, cuma buat masa ini ia bukan keutamaan kerana mahu fokus kepada perniagaan dan masa juga tidak ada,” ujarnya. – KopiPlanet.com

The post “Lakonan Tak Rasanya…” – Neelofa Beri Bayangan Mungkin Tidak Lagi Terbabit Dalam Bidang Lakonan? appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.