Ads Top

Mizz Nina & Noh Salleh Kini Bergelar Ibu & Bapa Setelah Ambil Anak Angkat Yang Diberi Nama Musa

Pasangan penyanyi popular, Mizz Nina dan Noh Salleh mengumumkan berita gembira apabila mendedahkan mereka kini sudah mempunyai seorang anak angkat yang diberi nama Musa.

Menerusi satu posting di Instagram, Mizz Nina menyatakan dia Noh mengambil keputusan untuk mengambil anak angkat yang kini sudah tiga bulan bersama mereka.

“Alhamdulilah sudah tiga bulan kehadiran Musa, kami bersyukur kepada Allah atas kurniaan dan doa yang indah ini – Saya boleh mengatakan bahawa dia adalah mahram saya sekarang. Perjalanan yang panjang untuk sampai ke tempat kita hari ini, melalui operasi IUI, IVF selama bertahun-tahun, Allah menganugerahkan kami bayi yang manis ini melalui cara lain, dan itu semua sudah pasti.

“Jika Allah menghendakinya untuk anda, tiada apa yang dapat menghalangnya daripada sampai kepada anda dan hanya Dia yang mengetahui masa yang sesuai untuk segala-galanya jatuh ke tempatnya. Segala ujian dan perjuangan adalah bersebab,” tulisnya.

Menurut Mizz Nina, dia mengambil masa lebih setahun untuk terbuka mengambil anak angkat setelah perkara tersebut adalah daripada idea suaminya sendiri.

Ujarnya, terbabit dengan banyak aktiviti-aktiviti kemanusiaan juga banyak membantu dirinya membuat keputusan berkenaan.

“Saya masih ingat saya mengambil masa lebih setahun untuk terbuka dan bersedia ke arah ini. Noh memulakan idea untuk kami menerima pakai (sudah tentu dalam Islam nama keluarga bayi itu mestilah bin Abdullah atau nama-nama lain Allah & bukan nama bapa angkat) dan kerana dia tidak berpuas hati, ia membuatkan saya ingin tahu.

“Terbabit dengan aktiviti kemanusiaan juga sangat membantu saya dalam membuat keputusan ini, terdapat banyak bayi dan kanak-kanak di luar sana tanpa seorang atau kedua-dua ibu bapa,” ujarnya. – KopiPlanet.com

The post Mizz Nina & Noh Salleh Kini Bergelar Ibu & Bapa Setelah Ambil Anak Angkat Yang Diberi Nama Musa appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.