Ads Top

Nora Ariffin Akhirnya Mengaku Sudah Berkahwin, Sahabat Baik Arwah Suami Jadi Pilihan Teman Hidup

Penyanyi popular Datuk Nora Ariffin mengesahkan bahawa dirinya kini sudah berumah tangga dengan individu yang dikenali sebagai Rushdi Ramli.

Menerusi perkongsian di Instagram miliknya, Nora memberitahu bahawa suami baharunya itu adalah sahabat baik arwah suaminya sejak kecil.

“Dengan nama Allah yg Maha pemurah lagi Maha mengasihani. Bersempena dengan malam Jumaat yg merupakan sayyidul ayyam, saya dengan rendah hati dan bersyukur ke hadrat Allah SWT ingin memaklumkan bahawa saya kini telah bertemu jodoh dgn seorang hamba Allah yg merupakan sahabat baik arwah Johan sejak dari kecil lagi.
Beliau adalah saudara Rushdi Ramli.

“Saya ingin meminta maaf kerana dari awal lagi saya memang berniat untuk tidak menghebah-hebahkan ikatan ini.
Cukuplah sekadar melaksanakan perkara wajib & mengikut hukum sahaja,” ujarnya.

Sebelum ini, timbul desas-desus yang mengatakan bahawa penyanyi berkenaan berkahwin dengan seorang VVIP, namun beliau menafikan perkara tersebut.

Dalam pada itu, Nora menjelaskan bahawa dia berpegang prinsip bahawa perkahwinan adalah satu ibadah dan terlalu peribadi untuk dikongsikan.

“Saya berpegang pada prinsip bahawa perkahwinan adalah satu ibadah dan ianya terlalu peribadi utk saya kongsikan, bukan ingin bermegah- megah, jauh sekali untuk mencari publisiti. Jodoh, rezeki & ajal adalah rahsia Allah yg telah ditentukan. Saya menerimanya dengan penuh  sabar, redha & syukur. Hanya kebaikan yg saya harapkan.

“Saya juga memohon agar semua insan yg mengenali saya dan para peminat, sudi menitipkan doa buat saya mendapat keluarga sakinah mawaddah warahmah,  dipermudahkan segala urusan, diberkati, diredhai Allah SWT dunia akhirat. In Shaa Allah,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Kredit Foto: Berita Harian

The post Nora Ariffin Akhirnya Mengaku Sudah Berkahwin, Sahabat Baik Arwah Suami Jadi Pilihan Teman Hidup appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.