Ads Top

Dato Seri Vida Minta Maaf… Anjurkan Cabaran Buat Video #USAHAJANGANMALAS, Tawarkan Hadiah Wang Tunai RM10,000 & Gelang Emas

Usahawan selebriti, Dato Seri Vida atau DSV menawarkan RM10,000 serta barang kemas untuk membuat video sempena cabaran #USAHAJANGANMALAS.

Menerusi sesi live di Instagram, DSV berkata, pemilihan pemenang akan dibuat berdasarkan video yang paling kreatif dan ia akan dimuatnaik di akaun media sosial miliknya.

“Kepada siapa yang buat cabaran #USAHAJANGANMALAS, tolong DM saya di Instagram, tolong tag saya di TikTok, mesej kat Facebook.

“Mungkin ini rezeki anda, tapi saya nak anda kreatif. Siapa yang nak sahut cabaran tu, ini adalah duit yang saya akan beri pada anda. Ini adalah hadiah jika anda buat video dengan #USAHAJANGANMALAS,” ujarnya.

DSV berkata, cabaran tersebut akan berlangsung selama lima hari dan akan berakhir pada 18 Julai ini.

Jelasnya, selain itu dia juga akan menawarkan sebanyak dua utas gelang emas kepada pemenang.

“Kalau tak cukup lagi, saya nak bagi gelang emas… tak ada masalah. Saya boleh bagi je sebab saya nak anda sahut cabaran,” jelasnya.

Dalam pada itu, DSV turut membuat permohonan maaf isu dirinya mengkritik kempen #BenderaPutih baru-baru ini.

Menurut Vida, permohonan maaf tersebut dibuat bagi menjernihkan suasana dan menjelaskan kekusutan yang berlaku susulan daripada penyebaran video TikTok miliknya.

Saya harap kalau ada yang terkasar bahasa, terkeliru atau terasa apa yang saya cakap, saya minta maaf banyak-banyak. Saya tak bermaksud nak sakitkan hati sesiapa.

“Tolong sampaikan kepada semua, saya tiada niat untuk membuatkan pihak terasa hati atau marah. Saya minta maaf deh…,” ujarnya. – KopiPlanet.com

* Jom klik link Telegram https://t.me/KopiPlanet & subscribe untuk mengetahui cerita2 terbaharu dunia hiburan

The post Dato Seri Vida Minta Maaf… Anjurkan Cabaran Buat Video #USAHAJANGANMALAS, Tawarkan Hadiah Wang Tunai RM10,000 & Gelang Emas appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.