Ads Top

Bergelar Duda Lebih Setahun, Jiggy Masin Belum Sedia Cari Pengganti & Mahu Lebih Fokus Kepada Keluarga

Sudah lebih setahun bergelar duda, pelawak popular Jiggy Masin masih belum bersedia untuk mencari pengganti.

Jiggy berkata, buat masa ini dia lebih terarah kepada memberi tumpuan kepada keluarganya.

“Buat masa ini saya memang masih single lagi. Saya memang banyak fokus kepada keluarga sahaja.

“Mungkin ini peluang yang Tuhan berikan pada saya untuk terus menabur bakti kepada ibu dan bapa,” ujarnya.

Jiggy berkata demikian ketika majlis sidang akhbar secara virtual bersama pelakon drama Seram Tak Seram yang berlangsung semalam.

Sebelum ini, pelawak berkenaan pernah mendirikan rumah tangga dengan pengacara Elly Ariffin, namun pasangan tersebut bercerai pada Januari 2020.

Jelas Jiggy, biarpun sibuk dengan kerjaya lakonan, dia akan memastikan dapat meluangkan masa bersama keluarga.

“Saya ada beritahu pengurus sekiranya saya terima apa-apa tawaran, pastikan saya boleh bercuti sehari dalam seminggu.

“Jadi, masa saya bercuti itu akan digunakan untuk meluangkan masa bersama-sama keluarga,” jelasnya.

Dalam pada itu, Jiggy memberitahu bahawa dia kini akan muncul dengan sebuah drama seram komedi berjudul Seram Tak Seram dan membawakan watak sebagai Sheikh Tahlul.

Bercerita tentang pengalaman ketika penggambaran, Jiggy akui ada juga berlaku beberapa kejadian pelik terhadap dirinya.

“Ada masa saya rasa meremang, tidak selesa, badan rasa tak sedap dan rasa nak muntah. Jadi saya akan berehat sekejap dan baca doa.

“Namun, saya tidak menceritakan perkara tersebut kepada orang lain sebab mungkin ada yang tak percaya. Apa pun saya percaya apa yang saya nampak,” ujarnya.

Seram Tak Seram terbitan Nafalia Corporation Sdn. Bhd. adalah sebuah drama komedi seram yang mengisahkan tentang kisah di sebalik koleksi barang-barang antik yang dijual oleh seorang pemilik kedai bernama Sheikh Tahlul.

Drama 13 episod ini menampilkan Jiggy Masin sebagai Sheikh Tahlul dan diserikan dengan pelakon-pelakon handalan seperti Adam Corrie, Joey Daud, Didie Alias, Liza Abdullah, Afifah Nasir, Mia Nasir, Acong Sweetchild, Nasz Sally, Qazem Nor, Zarul Umbrella, Den Wahab  dan ramai lagi.

Drama 13 episod itu disiarkan setiap hari Khamis pada pukul 9.30 malam di saluran TV9. – KopiPlanet.com

The post Bergelar Duda Lebih Setahun, Jiggy Masin Belum Sedia Cari Pengganti & Mahu Lebih Fokus Kepada Keluarga appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.